Saturday 3 December 2016

TIPS KEUSAHAWANAN KETIKA EKONOMI MERUDUM

TIPS KEUSAHAWANAN KETIKA EKONOMI MERUDUM


         2016 akan berakhir kurang sebulan,maka datanglah 2017.Tahun 2016 dianggap tahun malang kepada usahawan .Tahun ekonomi merudum dan kebanyakan bisnes sendu dan hidup segam mati tak mahu.

         Manakala 2017 pula akan berlaku lebih teruk .Jangan percaya politikus dan akhbar perdana yang retoriknya bau wangi sepanjang masa .Hakikatnya peniaga tahu bagaimana bisnes berjalan selepas GST bermula pada 2015 lepas.Cakap kosong politikus wlupun  mereka berserban setaraf SAMPAH.Dianggarkan tahun 2018 jika ada PRU14,semakin teruk ekonomi kerana kerajaan  dan politikus akan berbelanja gila-gila demi menang PRU.Mintalah apa sahaja,mungkin dapat,namun setelah PRU,bersedialah gigit jari dengan pelbagai kenaikan harga barang dan penarikan subsidi.

            Hakikatnya peniaga yang banyak membantu ekonomi berkembang pesat dengan bayaran cukai,penyediaan pekerjaan.Jika sektor kerajaan memberikan 2 juta kerja,sektor perniagaan berikan puluhan juta kerja kepada rakyat Malaysia.

       Namun setelah PM digelar Mr Clean menukarkan pelbagai dasar sebelumnya yang terbukti  membawa kemajuan kepada negara dan rakyat,kini bertambah teruk setelah pelbagai skandal derma,bangunan runtuh,kapal terbang hilang,enjin pesawat hilang banjir besar  dan pelbagai musibah dan kecelakaan dalam negara.

     Sebagai peniaga,adakah kita perlu melutut kepada politikus atau berdikari ?Tahun 90an adalah TAHUN EMAS kepada peniaga,hatta peniaga pisang goreng jalanan pun mampu menunaikan umrah setahun dua kali.Begitulah mesranya iklim ekonomi ketika itu.Kini hanya tinggal kenangan.

     Aku dulunya penyokong kerajaan  terutama sekali zaman  PM bernama Dr Mahathir  kerana dasar kerajaan banyak membantu usahawan kecil dan besau.Hari ini aku tidak tahu siapakah perlu disokong setelah semakin ramai maharaja lawak dalam negara hatta “Ayam mahal jangan makan ayam” boleh terkeluar dari mulut seorang menteri.Politikus berserban dan berkopiah pula sibuk menyebut “integriti”
“Amanah”  “Telus”  sedangkan sebelumnya pernah ditangkap khalwat dalam hotel dan keretapi .Kata politikus hari ini masuk kanan keluar kiri.

        Usahlah  menunggu tender kerajaan kerana  semuanya telah dikaut politikus,kaki tangan kerajaan dan sekufu sekayu  sepapan selahad  mereka.Mereka tidak akan bantu kita,kitalah yang perlu gigih mencari ikhtiar memajukan diri .Percayalah,politikus hanya muncul bila bendera macam2 parti penuh di tepi jalan dan tiang .

Antara langkah yang perlu dimajukan ialah :

Langkah pertama TUKAR PERNIAGAAN.

     Bunyinya amat mudah,namun hakikatnya sukar.Ekonomi yang merudum sebabkan banyak jenis perniagaan terjejas .Sektor perabot,pakaian,ubahsuai ,landskap,mekap hatta bundel pun mengalami jualan yang jatuh dan semakin teruk kerana rakyat kurang berbelanja.Bisnes pasar malam yang dahulunya  memberikan harga lebih murah pun kelihatan peniaga lebih banyak memegang telefon melayan FB dan whatsapp berbanding melayan pelanggan.

Abaikan kata politikus “Ekonomi semakin baik sebab KFC sentiasa penuh orang”
Menukar perniagaan memang TERPAKSA.Kejatuhan dan kelembapan ekonomi memaksa seseorang usahawan menukar bisnes sedia ada kepada bisnes lain yang boleh mendapat sambutan.Tidak hairanlah lulusan kejuruteraan yang boleh mendapat gaji RM20K sebulan mengambil keputusan menjual nasi lemak.

Ekonomi merudum akan hasilkan pengangguran lebih banyak dan peluang pekerjaan semakin terbatas.Pada tahun 1997/98 ramai artis  cun melecun  terpaksa membuka gerai menjual mi goreng dan tom yam demi mencari sesuap nasi.

Apakah risiko perniagaan ditukau?

Pertama kerugian.Sebagai contoh peniaga perabot yang mahu tukar bisnes kepada sektor makanan seperti restoran.Perabot terpaksa dilelong  hingga 50 % harga modal.Jika modalnya RM200,000 ,hanya akan meraih RM100,000 sahaja .Hanya cara lelong produk sahaja.Jika dijual harga modal sekalipun,produk takkan terjual kerana kelembapan ekonomi.

Kerugian adalah kepahitan perlu ditanggung usahawan pabila mahu menukar cabang  bisnes.
Kedua tindakan berani mati ini akan memaksa usahawan bekerja lebih kuat kerana sebelum ini sudah mempunyai pelanggan setia dan bisnes sudah lama bertapak.Apabila menukau bisnes lain ,usahawan perlu lebih keras berusaha mendapatkan pelanggan di samping persaingan di sekekliling yang sudah lama  bertapak.

Ketiga usahawan perlu bermula dari bawah.Mulakan alif ba ta .
Buat usahawan yang selama ini hanya membersihkan habuk perabot ,kemudian terpaksa bangun 4 pagi ke pasau borong beli keperluan,memasak,menyediakan lauk pauk,kuih muih dan sebagainya,memang mencabar.

Ibarat artis yang dahulunya hanya perlu bermekap dan menghafal skrip ,kini terpaksa menyinsing lengan memotong bawang,menyiang ikan berkilo-kilo,bangun seawal 4 pagi dan sebagainya pasti SUKAR pada mulanya.

Bagi yang knowledge ZERO pula bertambah masalah kerna perlu belajau memasak,mencari resepi sedap,mencari formula menarik pelanggan dan 1000 mcm 1 masalah dalam bisnes baru diceburi.
Late better than never………….

LANGKAH KEDUA

Pelbagaikan sumber  bisnes.

           Jika dahulu hanya membuka premis dan membuka komputer  layan forum,FB siang malam dan harapkan pekerja melayan pelanggan,kini perlu berubah.

          Usahawan tidak boleh statik diam dalam premis kerana kelembapan ekonomi akan menyebabkan keadaan semakin sukar bila jualan menurun.

Usahawan perlu bergerak dari premis ke pasau malam,tapak ekspo,pameran,pejabat kerajaan/swasta  dan sebagainya demi  mencari pelanggan dan  melariskan produk.Sikap berdiam dalam premis  hnaya memburukkan keadaan .

        Usahawan perlu mencari pelanggan dari pelbagai lobang hatta Facebook dan emel.Jika dahulu melepak dalam premis berhawa dingin tiada masalah kerana keuntungan  bersih RM5000 hingga RM10,000 sebulan.Hari ini kadangkala nak bayar sewa  premis pun tak lepas.

Sikap berdiam diri dan menunggu pelanggan datang ke premis amat tidak RELEVAN ketika zaman ekonomi merudum ini.

LANGKAH KETIGA

Cari produk murah.

          Kegawatan ekonomi negara sebabkan permintaan produk bernilai tinggi dan mahal akan merudum.Kedai seperti RM2 akan mendapat tempat membeli keperluan spt ikan bilis dll .
Pengalaman aku,bantal Hawow dijual  99 sen ,dalam sejam habis 100 unit.
     Permintaan rendah terhadap produk mahal  lantaran sikap pengguna bajet perbelanjaan dan hanya beli benda yang penting.Industri buku dan majalah pun banyak gulung tikar ketika ini .
 produk murah diakui keuntungan sedikit namun mendapat permintaan tinggi.Untung produk  1 sen pun jika jualan 1 juta sehari,pasti akan nampak WANG……………..

LANGKAH KEEMPAT

Buat banyak bisnes .

         Kita hanya ada 24 jam dalam sehari.7 hari dalam seminggu.Namun terpaksa memerah keringat membuat banyak bisnes.
Kawan aku sorang ada bisnes 3 restoran dan 3 lagi kantin sekolah dan kilang.Penatnya hanya Tuhan yang tahu dan SMS dihantar kadangkala dibalas sebulan.
Bukan semua boleh buat banyak bisnes,namun itulah kepayahan dan keperitan yang perlu ditelan usahawan.
        Ada usahawan mengeluh sudah 3 bulan tidak bersenggama kerna kesibukan suami isteri menguruskan 10 jenis perniagaan .
  Dalam keperitan ekonomi  ,jangan terlalu memilih.


LANGKAH KELIMA

Buat bisnes kecil.

          Bergelar tauke pakaian dengan produk sebanyak RM500,000 di premis memang gah pada rupa,hakikatnya gagal menyaingi peniaga pisang goreng  3 cawangan yang berjaya  meraih RM10,000 sebulan keuntungan bersih.

Berniaga pisang goreng tepi jalan dianggap ‘remeh’ bagi peniaga yang mempunyai modal besar dan stok penuh premis.

Usahawan yang dianggap tauke hebat sebab ada ratusan ribu stok dalam premis perlu melupakan status dan menceburi bisnes kecil namun keuntungan besau.Apalah guna jadi boss nampak hebat dengan premis 10 cawangan namun hakikatnya lebih miskin dari peniaga jalanan.

Jangan bercekak pinggang dengan kunci kereta BMW ,hakikatnya hutang keliling pinggang dan menunggu kereta ditarik bank.Ubah bisnes besau kepada bisnes kecil namun menguntungkan.

LANGKAH KE ENAM

Cari bisnes BARU.

                Dalam dunia ini ada jutaan jenis bisnes namun hakikatnya bangsa M suka kopipes bisnes orang lain.Bila dilihat Kak Limah  Janda  maju dengan nasi lemak,maka berpuluh2 peniaga baru buka bisnes nasi lemak  kawasan berhampiran  dan akhirnya semua terlingkup.

      Banyak bisnes baru yang perlu diceburi,contohnya perkhidmatan membayar bil.Jika  1000 pelanggan dibantu dan bayaran RM2,sebulan sahaja mencecah RM2000 pendapatan.Boleh juga ditambah menghantar sarapan seperti kuih dan nasi lemak ke rumah pelanggan untuk mengambil bil dan menghantar bil dan pendapatan bertambah kepada RM5000 sebulan.

 Bisnes  teksi motor dianggap baru ,namun ianya telah lama berkembang di kota besar seperti Jakarta dan Ho Chin Minh.Kesesakan lalu lintas sebabkan ramai perlukan teksi motor untuk cepat ke destinasi.

Harga lebih murah berbanding teksi dan Grab.

            Kelembapan ekonomi sebabkan rakyat mencatu perbelanjaan dan perkhidmatan membayar bil,motor teksi menjimatkan wang mereka.Begitu juga perkhidmatan kopipes assignment student juga dianggap lekeh namun ada seorang pelajar Universiti luar negara meraih RM3 juta setahun  melalui kopipes assignment .

             Google sahaja ,jutaan jenis bisnes baru yang masih belum bertapak di Malaysia .Jika mahu ditulis sini,9999 malam pun belum habis.

LANGKAH KE TUJUH

Berhijrah ke luar negara .

       Ramai orang ketawa bila ada usahawan berhijrah ke luar negara terutama sekali ke negara miskin.Ada seorang usahawan Melayu ke Cambodia menjalankan bisnes kiosk berger halal dan jualan sehari 3000 berger di sana.

    Berger dijual RM4 di sana dan dari satu cawangan kini ratusan cawangan.
Bukan semua mampu berhijrah ke luar negara akibat terlalu sentimental value dengan kehidupan tanah air di mana dilahirkan dan membesar.

Seorang peniaga  sate di kota London mampu meraih RM1500 sehari di sana.Namun bisnes luar negara pasti mencabar dan kos tinggi terutama sekali dalam negara maju seperti USA dan UK.Bka kata orang tua “Hujan batu negeri sendiri,lebih baik hujan batu…”

LANGKAH TERAKHIR  BERHENTI BERNIAGA

            Langkah terakhir memang amat PAHIT dan SENDU.Puluhan tahun menjadi boss akhirnya terpaksa akur dengan perjalanan hidup.Namun ia bukan penamat kehidupan.

     Ramai usahawan bangkrap dan papa kedana,bekerja mengumpul modal semula dan mulakan bisnes ketika ekonomi semakin makmur dan maju,akhirnya BERJAYA.

                Ketika kegawatan 1997/98 ramai peniaga gulung tikau,hatta jutawan ada kilang pun boleh bnagkrap dan muflis.Jika tiada NPL dilakukan kerajaan,pastinya 99 % peniaga gulung tikau.
Tanya diri sendiri,adakah kalian bersedia berhenti menjadi boss dan bergelar pemungut buah epal di Australia ?

Terima kasih kerna membaca.

from : 


MR KOPIPES 

No comments:

Post a Comment