Thursday 29 December 2016

ARIGATO GOZAIMAS............



































































Sayonaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........

SENARAI KAKI TANGAN KERAJAAN AKAN DISAMAN






GURU DAN KAKI TANGAN 3 BUAH SEKOLAH DI JOHOR 

KAKI TANGAN PEJABAT PELAJARAN MUAR JOHOR 

KAKI TANGAN PEJABAT PELAJARAN JOHOR .

DAN LAIN-LAIN ...........


2099 AKU TUNGGU !!!!

KAHKAHKAHKAH..................... 






Friday 23 December 2016

RM2.90 ???

DR MAZA jawab tentang isu perlis haramkan bacaan surah yassin malam jumaat




"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq." (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. Ibnul Hajar mengatakan hadis ini dalamTakhrij al-Adzkar, “Hadis hasan".

SUMBER ?






Monday 19 December 2016

شكرا....


CERPEN : ISTANA KITA

                                                          ISTANA KITA


“Bang…bang …………………….,”kejut  Ummi ,nama timangan manja Nurainah.

Tiada reaksi.

Ummi membiarkan suaminya ,lantas ke dapur menyiapkan sarapan.

Melihat jam semakin pantas berlalu.

“Abang!Abang!,”Ummi berteriak dari dapur.

Tiada jawapan.

“Hah?Bila abang bangun?,”tanya Ummi.

Suaminya  hanya mendiamkan diri.Bunyi  jemari  mengira tasbih tanpa jawapan.

“Ummi …Ummmi bercakap dengan siapa?,” tanya anak bongsunya Safinah yang baru bangun tidur.

Mata Ummi bergenang …………….tidak dijawab soalan anaknya yang berusia 5 tahun.

Matanya dikesat,Safinah dipeluk dan dicium.


………………………………………………………………………………………………………….


“Rehatlah abang …..”pujuk Ummi melihat suaminya berpeluh-peluh.


“Dah nak siap ni……….,”balas suaminya ,Halim .


Halim turun dari tangga mengesat peluhnya membasahi muka.Agak pucat kebelakangan ini.


“Tak lama lagi siaplah istana kita…..,”balas Halim sambil meneguk air sejuk yang disediakan isterinya.


Isterinya  Nurainah  hanya mengangguk sambil tersenyum.

Halim melihat tiang rumah yang tegak berdiri.Tiga batang tiang berjaya ditegakkan  hari ini.


Berbaki lagi lapan batang tiang.


………………………………………………………………………………………………………




Halim melihat kelibat seorang gadis di pejabat pos.

Mahu ditegurnya tapi malu.Seakan pernah ditemui gadis itu.


Tapi di mana?


Setelah nombor dipanggil,Halim  bingkas ke kaunter bayaran dan membayar bil-bil .Apabila 

Halim keluar

dari pejabat pos,dia melihat  gadis itu sedang membetulkan tudungnya dalam kereta.


“Assalamualikum…..”sapa Halim.


“Waalaikumsalam……”jawab gadis itu.


“Awak ni Nurainah bte Mohd kan?Ayah awak bawa teksi ”tanya Halim.


“Ya …awak ni siapa?’balasnya.


“Saya Halim …kat sekolah dulu digelar Milah…ala budak sekolah paling nakal dan bodoh 

dalam kelas”.


Ujar Halim jujur.


Nurainah cuba mengingat.Fikirannya menerawang.Enjin kereta dipadamkan.


……………………………………………………………………………………………………..




“Cikgu…Milah ambil raba saya!”,adu Nurainah.


“Siapa?”,jawab Ckgu Ismail.


“Milah………….Milah………………………..”,balas Nurainah.


Cikgu Ismail menggaru kepala.Siapa pula Milah ?Tiada murid dalam kelas bernama 

sedemikian.


“Maaf cikgu….Halim tu ..”,jarinya menunjukkan Halim .


“Laa……….kenapa pula kamu panggil dia Milah?”.tanya Cikgu Ismail.


Norainah menggaru kepalanya .


Halim adalah seorang murid yang paling nakal di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin .Dia 

digelar Milah kerana suka berkawan dengan murid perempuan dan suka meniru suara kawan 

perempuan.Halim juga

murid yang tercorot dalam kelas.

“Halim!pulangkan raba Nurainah..”,perintah Cikgu Ismail.

Halim menggigit pemadam terputus dua dan memberikan separuh kepada Norainah.

“Kau ni teruk la Milah!”,jerit Norainah memarahi Halim.

Cikgu Ismail hanya menggeleng kepala.

Begitulah Halim,murid yang nakal dan suka menyusahkan kawan-kawan dalam kelas.

“Milah..kenapa kau ni nakal sangat?”tanya Nurainah sambil menjelirkan lidah.

“Bapa borek anak rintik………”balas Halim membalas jeliran lidah.

Norainah masuk ke dalam teksi ayahnya dan Halim berjalan kaki pulang ke rumah sambil bernyanyi.

“Aku ada kawan,namanya Nurainah..aku suka kacau dia sebab aku suka kat dia…”

Kelibat teksi semakin menjauh…………………

…………………………………………………………………………………………………………..


“Ummi …abang nak berhenti sekolah ….”pinta Halim  membahasakan diri abang.


“Jangan…..SPM dua tahun lagi ..”balas ibunya  merenung anaknya.


“Tapi ….abang sekolah bodoh….sekolah lama-lama pun tiada guna.Baik abang kerja,dapat juga duit.”


Jawab Halim memuncungkan mulutnya.


Setelah kematian ayahnya ,Halim tinggal bersama ibunya sejak usianya 5 tahun.Ibulah seorang ibu dan


juga seorang ayah.Setelah kematian suaminya,ibunya Raedah tidak berkahwin dan membesarkan anak tunggal bernama Halim.


Raedah bangun seawal  4 pagi menyiapkan kuih-muih,nasi lemak,bihun dan menjualnya di depan rumah sejak kematian suami.Arwah suaminya ,Kapten Azman meninggal dunia ketika  operasi sulit di Bosnia.


Setelah kematian suami,itulah sumber rezekinya selain wang tambahan pencen arwah suaminya.


“Ummi  dah simpan duit untuk abang belajar Universiti….”terang ibunya.


“Belajau bodoh,takkan boleh sampai U?.”balas Halim.


Halim mendongak melihat bintang di langit……………………..


…………………………………………………………………………………………………………




“Keputusan terbaik tahun ni …Abdul Halim bin Kapten Azman,15 A1.”umum Pengetua  SMK Bukit Indah Ampang Kuala Lumpur.


Semua pelajar mendongak .

Seakan tidak  percaya.

Halim yang seakan terjaga dari tidur melangkah kaki ke depan pentas untuk mengambil plak dan sijil penghargaan dari sekolah.

Ibunya  Raedah tidak putus air mata kegembiraan.

………………………………………………………………………………………………………


“Awak…awak ni Milah Ludba?,” tanya Nurainah seakan tidak percaya.


“Ya..nak tengok IC ke ?,”jawab Halim membetulkan rambutnya yang panjang .


Abdul Halim rakan sekelas yang dahulunya suka berkawan dengan perempuan,suka 

bersolek,kini berambut panjang,memakai topi yang dipusing dan cermin mata gelap.


Pertemuan mereka di pejabat pos disusuli  adegan perkenalan semula setelah 15 tahun 

 terpisah.



“U kerja apa Ain?.”tanya Halim.


“Kerja bank,akauntan…..”balas Ain .


“Ooooo…..belajau pandai kan ..mesti kerja best….”keluh Halim.


“Kau kerja apa?”balas Ain.


“Kerja kampung je …sekolah bodoh katakan …..”Halim menduga.


“Tak kisahlah..janji kerja halal….”pujuk Ain.


Setelah tamat sekolah rendah di Melaka,Abdul  Halim berpindah ke Kuala Lumpur bersama 

ibunya.


Sejak itu hubungan Halim dan Nurainah terputus.


Nurainah tidak pernah mengetahui Halim pelajar terbaik SPM di sekolahnya dan 

menyambung pelajaran  di United Kingdom dalam bidang perubatan.


“Awak  dah  kahwin?”tanya Halim.


“Dah kahwin ………….nikah je belum “,balas Ain .


Tersembur air dari mulut Halim mendengar jawapan Ain.


“Huhu………..saja je gurau.Belum kahwin,belum nikah,belum ada calon……….”Ain menyambung bicara.


“Takkan gadis secantik ini belum ada calon..”Halim menduga.


Nurainah hanya senyum tawar.

“Ok..nak masuk kerja ni…dah habis waktu lunch.”pinta Ain .


Kereta Ain berlalu pergi dan Halim menghidupkan motosikalnya.


…………………………………………………………………………………………………..



London UK

Halim melihat jam tangan.

“Ummi…………..Ummi sihat?”tanya Halim.

“Sihat abang…………study ok tak?”,balas ibunya.

“Ok Ummi.So far so good.”



………………………………………………………………………………………….



“Tuan/Puan/Datok/Datin/  jemputan perkahwinan Nurainah bte Mohd dan Mohd Faisal bin 
Ghaffar beralamat di No 111,Villa Angkasa ,KL bertarikh 1.1.2017”.


Halim menggaru matanya.

Betul ke ni ?


“Ain..kad kahwin betul ke ni ?”tanya Halim melalui whatsapp.


Tiada jawapan.


Halim melihat jam tangan.12 tengah malam.


“Baru jumpa bulan lepas di pejabat pos ,dapat jemputan kahwin pulak……,”bisik Halim mengeluh.

……………………………………………………………………………………….

Insya Allah bersambung ………….


Cerpen ini tiada kena mengena dengan yang masih hidup,telah mati,akan mati atau yang akan dilahirkan.


Begin : 19 December 2016 

Finish : ???






TAHNIAH MOD










WHO ????


Using Malay name ???

https://www.facebook.com/maslan.ahmad.161/




AGAIN AND AGAIN AND AGAIN AND AGAIN.......................