Saturday 10 December 2016

Dari China hingga Indonesia

Insya Allah aku akan menjelajah dua negara iaitu CHINA dan INDONESIA untuk menyelidiki susur jalur bangsaku.

Walaupun aku dah sampai Mekah,Aceh dan Hainan belum sampai.

Ratusan buku bahasa MELAYU,INGGERIS,ARAB aku baca untuk kenal sejarah bangsa sendiri.

Ketika belajar  di Universiti luar negara ,aku bertemu pelajar bernama Abdullah dari Hainan,China.Rupanya kami SATU BANGSA.

Aku juga bertemu Rafiq dari Aceh Indonesia .Kami juga SEBANGSA.

Patutlah bahasa kami SAMA cuma dialek berbeza!



Nombor 2 dalam Inggeris sebenarnya diciplak dari abjad  nombor ARAB.itulah fakta yang kurang diketahui manusia moden.

Pengaruh arab menjelajah dalam sanubari orang Islam hatta perkataan arab digunakan seharian seperti MASJID,KOPIAH,SEJADAH,NIKAH ,TALAK dan sebagainya.

Apabila bertemu Abdullah aku bertanya 

NI HAU MA ?

Jawabnya khabar baik!

Kami bertukar bahasa .

Sejak keluar Universiti pada tahun 1994,aku dan Abdullah tidak berhubung.Namun gambar kenangan jadi ingatan.


Bersama Abdullah dari Hainan,CHINA  di Universiti.Aku harap dia masih hidup dan berdoa agar kami dipertemukan semula untuk mengimbau kenangan di Universiti.

"Moyang aku boleh baca tulisan lama..dan masih ada kitab lama di rumah keluarga kami.Generasi aku ,ibu bapa  dah tak boleh baca ,hanya tahu baca bahasa Cina sahaja"Itulah kata Abdullah  dalam bahasa arab yang aku masih ingat.

Terima kasih Abdullah kerna banyak mengajar aku Mandarin dan Kantonis.

Tulisan asal Sanskrit  dll  namun setelah kedatangan Islam ,JAWI digunakan .Namun era moden menyebabkan tulisan jawi diganti pula dengan RUMI.....

Kata hukama' "Apabila tulisan lenyap,maka tamadun bangsa akan hilang sedikit demi sedikit"


Ketika Melaka diserang Portugis pada 1511 Masehi  ,700 perahu dan kapal  hulubalang bangsaku berlayar ratusan/ribuan  batu  ke Melaka demi membantu Melaka namun tidak pernah dicatat dalam buku sejarah Malaysia,Belanda  dan Inggeris  .Namun akhirnya Portugis berjaya menawan Melaka ,sebuah tamadun yang amat gemilang .

Aku pun hanya tahu kisahnya  setelah membaca sebuah buku sejarah yang ditulis oleh Portugis di sebuah perpustakaan.

Buku sejarah yang bersumberkan Belanda dan Inggeris banyak fakta palsu dan propaganda.Ternyata sejarawan Portugis lebih telus dan BENAR.

Tidak sia-sia aku menyukai Ronaldo ,antara pemain bolasepak termahal dunia.

Dalam buku sejarah hasil karyawan Portugal juga mengatakan rakyat Melaka boleh bertutur 70 bahasa dunia ketika zaman pemerintahan Sultan Mansyur Syah .

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mansur_Shah

Lakaran gambar Sultan Mansyur Syah






Insya Allah aku akan menjelajah Aceh Indonesia dan Hainan ,China pada 2018 nanti .

Semoga Allah SWT permudahkan mencari sejarah BANGSA.




Makam tokoh terbilang bangsaku di INDONESIA 












No comments:

Post a Comment