Monday 12 December 2016

PRAKATA BUKU

PRAKATA BUKU 



                Dengan nama Allah Maha Penyanyang lagi Maha Pengasih.

Firman Allah SWT dalam surah  Al-Isra’ ayat  37,maksudnya :

“dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana  sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.”


Dari Abu Hurairah r.a : Pada suatu ketika Nabi SAW sedang berbicara dengan orang ramai (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab Dusun  bertanya soalan  ,“Bilakah datangnya saat (kiamat)?” Nabi SAW tidak langsung menjawab, tetapi  Baginda SAW  meneruskan pembicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Nabi SAW yang demikian itu, sementara orang mengatakan Nabi saw mendengar pertanyaan itu, tetapi  Baginda SAW tidak menyukainya dan setengah lagi mengatakan Baginda SAW  tidak mendengarnya. Setelah Nabi  SAW selesai berbicara, Baginda SAW  bertanya, “Di mana orang yang bertanya perkara saat (kiamat) tadi?” Orang itu menyahut, “Saya! Ya Rasulullah!” Rasulullah saw bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat).” Tanya orang itu, “Bagaimanakah caranya disia-siakannya amanah?” Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat/kehancuran).”
Hadis sahih Imam Bukhari 

             Pengarang membaca  firman Tuhan dan kata Nabi SAW dengan mata hati,lantas tercetus ilham menulis sebuah buku bertajuk “KEBANGANGAN DUNIA INTERNET”.

         Internet telah muncul puluhan tahun lampau seiring dengan kemajuan dunia.Sejak lahirnya internet,manusia mendapat pelbagai manfaat dan tidak kurang pula ada sesetengah manusia menyalahgunakan internet untuk tujuan jenayah,menipu,provokasi,perkauman dan sebagainya.

     Internet adalah wahana moden yang telah memberi manfaat kepada berbilion manusia sama ada penduduk negara miskin,membangun dan negara maju.Internet telah memudahkan manusia dan menjadi aplikasi moden yang amat diperlukan manusia.

     Ketika internet belum muncul,jika seseorang mahu membaca akhbar New York Times,perlu terbang ke Amerika untuk membeli naskhah akhbar.Lahirnya internet,akhbar tersebut boleh dibaca di komputer,netbook,Ipad,telefon.Kelahiran internet memudahkan kerja manusia dalam pelbagai bidang.

     Namun manusia tergolong dalam dua golongan iaitu baik dan jahat.Manusia baik akan berusaha memanfaatkan internet ke arah kebaikan dan pahala,manakala manusia jahat akan menggunakan internet untuk keburukan dan kejahatan.

    Gadis berusia 14 tahun melahirkan anak luar nikah di Negeri Sembilan adalah  contoh  salah penggunaaan internet di mana gadis muda tersebut berkenalan dengan seorang lelaki berusia 19 tahun melalui aplikasi Wechat.Seorang lelaki  mencuri jutaan wang pelanggan bank melalui internet.Malah Donald Trump berjaya menang  kerusi Presiden USA melalui  penggunaaan maksimun aplikasi Facebook.

     Internet  adalah aplikasi moden amat diperlukan manusia moden seantero dunia.Kecanggihan telefon bimbit masakini membolehkan seseorang membaca akhbar,menonton TV,berbual dengan rakan dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan .


          ‘Kebangangan dunia internet’ akan membawa pembaca menerokai dunia internet tanpa sempadan,memberikan pelbagai tips penting ,cara penggunaan yang selamat,punca salahlaku manusia  dan pelbagai perkara penting selari dengan kehidupan masa kini.

      Buat semua cahaya mata,maafkanlah ayah yang sentiasa sibuk siang dan malam.Ayah doakan kalian menjadi anak-anak yang berguna dan berjaya dunia akhirat.Ayah juga sering berdoa agar kita bertemu di Syurga kelak .

Buat ibu bapa,Al-Fatihah.

Selamat membaca!

SATA SAALIMUN
Man who look DUMMY but not really DUMB!

5 petang  Isnin  12 Disember 2016 / 13 Rabiul Awal 1438
1.40 pagi Selasa 13 Disember 2016 / 14 Rabiul Awal 1438










No comments:

Post a Comment