Saturday 10 December 2016

Usia 40 an kompas KEMATIAN

      Alhamdulillah merasai usia 40 an .

Ramai teman telah meninggal dunia .Ada seawal 17 tahun ketika tahun SPM.

Ada pula 20 an akibat kanser perut.

Aku bersyukur menikmati usia 40 an,diberikan 5 cahaya mata yang sihat .

Namun pabila menjejak usia 40 an,maksudnya kematian semakin dekat .

Hasrat menyiapkan  100 buku belum tercapai.

Sejak menggunakan cermin mata  dan menelan pelbagai ubatan ,masa terasa amat pantas berlalu.

Badan mulai terasa cepat letih dan banyak aktiviti biasa menjadi tidak biasa.

Wahai Tuhan Maha Pengasih,panjangkan usiaku dan sihatkan badanku.

Cukuplah badan yang sihat dan usia yang panjang sebagai anugerah.

Tiada wang berjuta ku pohon, 

Aku sedar hidup ini hanya pinjaman ....................

Aku sedar nafas akan terhenti bila-bila masa sahaja.

Seakan kematian semakin hampir .

Ya Ghaffar,ampunilah segala salah silap ku ............................................

Jauhkan azab kubur dan Neraka.

Jadikan aku dan keluarga termasuk golongan beriman ,bertemu di Syurga................

AMIN..................




No comments:

Post a Comment