Monday 12 December 2016

Kenapa aku suka ke THAILAND ?

PAI NAI?

PAI BANGKOK..............................


Pertama ramai penduduk .

Aku suka berbual dengan pelbagai jenis penduduk sama ada Siam,Cina,Melayu,pelancong  dan lain-lain.

Kedua barang kreatif.

Aku suka merayau pelbagai pasar ,pasaraya,pasar malam,pasar pagi dan segala bapak mak pasar untuk melihat pelbagai jenis produk kreatif.Penduduk Thailand terkenal dengan hasil produk kreatif .

Ketiga pemandangan cantik.

Thailand mempunyai banyak pemandangan cantik dan indah dari sawah hinggalah bangunan pelik .

Keempat makanan sedap

Aku suka makan makanan orang Melayu Islam di Thailand seperti tom yam,belut goreng berlada dan lain-lain yg mmg umphhhhhhhhhhhhhhhhh

Aku yang fasih dialek Kelantan sering mendapat diskaun harga bila makan minum.......

Kelima penduduk ramah 

Penduduk Thailand terkenal dengan budaya ramah melayan pelancong .Apabila kita masuk kedai 

"Sarawadikappp " sambil dua telapak tangan menggoyangkan entah apa namanya aku pun tak tahu ...

Keenam kenderaan

Tuk Tuk antara pengangkutan yang unik.

Best juga menyewa motosikal dan merayau tanpa helmet hahahaha

Melaka Maju menaiki TUK TUK hahahaha.....................


Ketujuh mencari idea bisnes.

Aku suka merayau dari Golok,Danok,Bangkok,Hatyai,Songkla hinggalah ke sempadan Aranyaprathet seorang diri .

Banyak perkara aku belajau .

Satu hari aku tersesat di Songkla dan seorang lelaki Melayu Thai dengan murah hati bawa aku melawat IKS penghasilan ikan bilis.

Macam2 bilis aku jumpa!






Kelapan 

Melihat gadis cantik .

Thailand sebuah negara unik di mana pelbagai bangsa dan anak kacukan Siam+Cina+Vietnam+Melayu+Mat Saleh dan pelbagai kacukan  memang cantik mengalahkan Hantu Kak Limah .

Tengok je taw...............

Tengok BOLEH,pegang JANGAN!

Jika dikira jatuh cinta pandang pertama,1000 kali pi Siam,1000 kali jatuh cinta!


Kesembilan 

Rakyat Thailand amat menghormati orang Malaysia .

Aku bertemu ramai penduduk Islam dan mereka mengakui banyak masjid,surau,sekolah di Thailand adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia .

Bila sebut "Malaysia "

terus mereka tunjuk jari BAGUS!

Kesepuluh harga  masih murah.

Aku pernah tidur di sebuah hotel di bandar pelancongan terkenal di Thailand ada TV kabel 100 channel ,aircond sejuk,bilik mandi besar kedabak ,baru RM70 .....




Kesebelas 

Berkongsi pengalaman dengan pelancong asing .

Dari orang Singapura ,Jepun,Korea ,Arab hinggalah Amerika ,aku bertemu di hotel,pasar,kedai kopi,dalam bas dan sebagainya.

Kami berkongsi pelbagai pengalaman dan cerita menarik.Sambil aku promosikan Melaka dan berikan mereka kad  .

Dengan English broken aku hentam sajalah!



Tapi Thailand selalu alami masalah bom sana sini yg sebabkan aku kadangkala gerun menaiki bas atau  berada di pasar  dan di mana jua di  Thailand.Namun mati itu pasti.

Sedang berak dalam jamban di rumah pun boleh MATI  jika sudah sampai ajalnya.............













TIPS KE THAILAND :

Pertama bawa kompas kiblat sebab bukan semua hotel ada arah kiblat .

Kedua jalan darat sebab dapat melihat perkampungan dll.

Ketiga Seluar khas ada poket rahsia simpan wang dan kad bank.Simpan sedikit wang sahaja dalam dompet.Jika kena rompak pun ,dompet tu je kena kebas.Pencuri sana bukan main pisau,pistol !

Keempat pakai selipar Jepun je...


Kelima  aku bawa biskut beras banyak sebab banyak lokasi sukar cari makanan halal dan murah .Jika ada pun restoran halal 5 bintang ,harga bapak punya mahal!

Keenam aku tak beli makanan ringan sebab kandungannya tulisan SIAM.Jika ditulis minyak babi sekalipun mampus aku tak paham....

Ketujuh belajau bahasa Siam .Dapat 100 perkataan pun jadi la...........

Kelapan dapatkan pemandu pelancong Melayu Islam sebab mereka boleh dipercayai dan tahu kedai makan halal murah.

Kesembilan Jangan sesekali melanggan PELACUR!

Kesepuluh jangan lupa solat 5 waktu dan berzikir.

Kesebelas jangan terima minuman dari sesiapapun.Banyak pelancong pingsan setelah minum dan dirompak.

Kedua belas jangan berjalan seorang diri di Bangkok pada waktu malam kerna ia memang berbahaya.Jika berkumpulan dan ada pemandu pelancong tiada masalah.


Ketiga belas jenayah berlaku di mana-mana.Sentiasa berhati-hati dan berdoa .

Keempat belas google dahulu hotel dan tempat menarik sebelum pergi.Sekarang zaman internet ,boleh booking hotel online sahaja.Sampai sana,bayau dan tidur!

Lain-lain tips ,sila GOOGLE...............................................................


TERIMA KASIH KERANA  MEMBACA!


























No comments:

Post a Comment