Friday 16 December 2016

MENGEMBARA THAILAND,CAMBODIA DAN VIETNAM -2004/2005

Pada tahun 2004/2005  ,aku buat kerja gila-gila,mengembara seorang diri tiga buah negara iaitu THAILAND,CAMBODIA dan VIETNAM selama TIGA BULAN .

Sebelum mengembara,aku google pelbagai perkara penting,bertanya otai pengembara dan sebagainya.

Aku cuba menghafal lebih 300 perkataan bahasa Thai,Khmer dan Vietnam supaya memudahkan aku berkomunikasi dengan rakyat 3 negara tersebut.

Berbekalkan peta 3 buah negara tersebut,aku mulakan dengan bismillah dan mendapat restu ibu bapa .

Apa yang aku bawa ?

1.Kompas KIBLAT .

2.Sedikit pakaian.

3.Makanan ringan.

4.Ubatan dan vitamin.

5.Buku nota.

6.Pen.

7.Telefon Nokia 3310.

8.Charger.

9.Kamera.

10.Bateri.

11.Wang tunai RM1000.

12.Kad Bank-bank.

13.Fotokopi pasport,Mykad

14.Alamat kedutaaan Malaysia di Thailand,Cambodia dan Vietnam.

15.Buku kecil zikir dan doa .

Melalui jalan darat dari Melaka  ke Kelantan menaiki bas,kemudian masuk Golok dan cop pasport. .




Tidur semalam di hotel Golok.Mujurlah banyak kedai makan Islam di pekan Golok.

Hotel aku tidur pula bersebelahan masjid .

Bukan mudah mengembara seorang diri .Pelbagai suka-duka,pahit manis kelat payau masin tawar  ditempuhi.

Kisah yang PANJANG .....................Insya Allah ada masa nanti aku sambung ........




Gambar aku di pejabat pos di VIETNAM



Sebuah masjid di Vietnam yang menjadi tempat tidur bagi menjimatkan WANG ...



Pengangkutan  di CAMBODIA



Singgah membeli belah di sebuah pekan  negara Thailand


Image may contain: 1 person

No comments:

Post a Comment