Wednesday 4 January 2017

Sudirman - Anak Gembala

Chow Kit Road - Allahyarham Sudirman Hj Arshad 2008

CERPEN : UBAT

                                                   1999-CHOW KIT KL 



"Mari mari singgah!Ubat ni gerenti power.............sebiji je boleh tahan 59 minit non stop!",jerit peniaga ubat kuat seks di jalan Chow Kit.


Ramai berkerumun melihat pelbagai jenis ubatan yang dijual peniaga -peniaga haram  tersebut .
Bukan sahaja lelaki  dewasa dan  warga emas,malah  ada anak gadis usia belasan tahun memakai uniform sekolah Menengah.

Alwie  melihat-lihat  gelagat  mereka dan senyum sinis.

Jalan Chow Kit dipenuhi pelbagai jenis peniaga sama ada peniaga halal atau haram.Walaupun serbuan pihak berkuasa sentiasa dijalankan,peniaga haram tetap  tumbuh bagai cendawan.



Azan Maghrib berkumandang dan Alwie berlari laju mencari  surau .


Selepas solat jamak qasar ,Alwie meneruskan perjalanan meninjau pelbgai perkara di Chow Kit.


Siang bertukar menjadi malam dan kota KL terus hidup .....................................

Dari lagu kesukaan arwah Ayahnya bertajuk Chow Kit Road nyanyian Sudirman,Alwie mengenali Chow it.


"Kota KL tak pernah mati .",kata Alwie dalam hati.

1984 -Air Limau Masjid Tanah MELAKA 



"Tak nakkkkkkk..tak nak makan ubek!",jerit Alwie apabila melihat ibunya Mak Nah  membawa ubat.

"Makan ubek!kalau tak makan,bila nak sembuh nak...",pujuk Mak Nah .

"Tak nakkkkkkkkkkkkkkkkk!!!ubek pahit!tak sodap!",jerit Alwie menyorok dalam tandas.


"Ulau............ulau!!!"jerit Mak Nah 

Alwie yang ketakutan terus membuka pintu tandas dan  lari .

"Takut ulau.................takut............",jerit Alwie mencari tempat bersembunyi.



Mak Nah  semakin marah  dan penat dengan tingkahlaku anak bongsunya berusia  5 tahun.

"Hawau betul budak ni......penat aku main kejar-kejar!",keluh Mak Nah membebel.


Mak Nah terus ke dapur dan memasak mee Maggi dan memasukkan ubat ke dalam masakan tersebut .

"Adik....jom makan mee dengan mak",pujuk Mak Nah .

Alwie terus berlari laju dan mencapai mangkuk Maggi dan melahapnya dengan rakus.

30 minit kemudian,Alwie lena dibuai mimpi malam .......

2005- King's College London United Kingdom 




Prof Dr Adam bertanya dalam kelas 

"Why you all want to be a doctor?',

"Helping the people:,",jawab seorang pelajar bernama Mary.

"Do research about medical",kata seorang pelajar lain.

"I want to be a millionaire!",jawab Alwie pula.

Semua pelajar memandang Alwie yang agak serius.

Ada yang senyum kecil.


Alwie hanya diam membisu dan matanya tepat ke arah pensyarah .



INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ..

GLOSARI 


CHOW KIT :



Oleh : Harith Faruqi Sidek

Antara jalan yang popular di ibukota Kuala Lumpur ialah Jalan Chow Kit, selain terkenal dengan aktiviti perniagaan, jalan ini juga menjadi popular apabila ia nya dilagukan oleh Sudirman Haji Arshad. Namun siapakah Chow Kit yang diabadikan namanya di jalan ini?, apakah sumbangan beliau hinggakan mendapat pengiktirafan yang begitu besar.


Pemandangan kawasan Jalan Chow Kit (Sumber : Google Map)
Chow Kit atau nama sebenarnya Loke Chow Kit ialah seorang tokoh perniagaan yang terkenal di Kuala Lumpur sekitar abad ke-19. Loke Chow Kit dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1864 dan mendapat didikan di Penang Free School. Selepas menamatkan pelajaran, beliau menyertai sebuah firma yang terkemuka di Pulau Pinang pada ketika itu,  Katz Brothers. Tidak lama selepas itu, Chow Kit berhijrah pula ke sebuah firma yang lain, iaitu Huttenbarch and Co, di syarikat ini beliau telah mendapat kepercayaan tinggi dari majikannya hingga dilantik menjadi pengurus bagi cawangan Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, Loke Chow Kit kemudiannya menyertai syarikat yang menguruskan landasan keretapi sebagai Pengurus Trafik, syarikat ini adalah milik Loke Yew dan Chow Ah Yok, jawatan ini beliau pegang hinggalah konsesi pengurusan landasan ini tamat dan diambil alih semula oleh kerajaan negeri Selangor. Selepas dari itu, Chow Kit menyertai perniagaan yang diuruskan oleh Loke Yew, termasuk perlandangan di beberapa buah negeri termasuk Pahang dan Negeri Sembilan. Dengan pengalaman dan modal yang terkumpul, Loke Chow Kit kemudiannya membina perniagaannya sendiri dengan menubuhkan Chow Kit & Co, selain pada masa yang sama turut menjadi pengarah dan pemegang saham di beberapa buah syarikat perlombongan, antaranya Milling and Mining Co. Ltd., Federal Dispensary Co., Jeher Hydraulic Tin Mining Co. Ltd., Malay Cement Co. Ltd.,dan Serendah Hydraulic Tin Mining Co. Ltd.


Bangunan Chow Kit & Co ( Sumber : Malaysia : A Pictorial History 1400 - 2004)


Loke Chow Kit juga merupakan figura utama dalam masyarakat cina, khususnya di Kuala Lumpur, beliau banyak terlibat didalam aktiviti sosial, juga aktiviti kebajikan anjuran pelbagai pertubuhan awam pada ketika itu. Atas sumbangan kemasyarkatan yang besar jugalah beliau mendapat pengiktirafan hingga dianugerahi dengan Jaksa Pendamai (J.P) pada tahun 1917, beliau adalah rakyat Malaysia pertama dari keturunan cina yang menerima pengiktirafan berkenaan (Sunday Mail : 30 Mei 2004). Selain daripada itu, pada tahun 1893, Chow Kit merupakan antara individu terawal yang mempunyai telefon di kediamannya, tokoh lain yang turut mempunyai talian peribadi di kediaman masing-masing ialah, Loke Yew, Hock San dan K.Thamboosamy.( Azharudin, 2001).


Pada tahun 1903, Chow Kit telah membina sebuah rumah agam yang indah di Jalan Tangsi, oleh kerana ciri-ciri astetika yang terdapat pada bangunan tersebut, ianya telah dipelihara hingga kini. Rumah berkenaan  pernah diambil alih dan dijadikan Hotel Empire, kini ia nya menjadi bangunan Institut Arkitek Malaysia  (PAM). Loke Chow Kit meninggal dunia pada tahun 29 Ogos 1918 pada usia 54 tahun akibat radang paru-paru di kediaman tetapnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mendiang disemadikan di negeri kelahirannya, Pulau Pinang, mendiang turut meninggalakan dua orang balu dan 13 orang anak.

SUMBER : http://harithsidek.blogspot.com/


UBEK : UBAT ( LOGHAT/DIALEK  MINANG )

Ia digunakan meluas di Negeri Sembilan dan beberapa tempat di Melaka .










SUDIRMAN : 


SOLAT JAMAK QASAR :





CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...SEKIRANYA ADA PERSAMAAN JALAN CERITA,NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .

HARAP MAKLUM 

START : 4 JANUARY 2017 

FINISH : ?????????????????




























DOMAM ...............













MY BLOG : CERPEN

Image may contain: text


Malaysia -126
United States-4
Poland-2
Singapore-2

http://cerpensaat.blogspot.my/