Monday 12 December 2016

CAMBODIA VS SINGAPORE

Aku suka membawa anak-anak melawat negara maju iaitu SINGAPURA dan melihat negara miskin iaitu CAMBODIA.



Gambar anak aku di Singapura.

Mengapa negara MAJU ?


Kali pertama anak aku ke Singapura ,dia bertanya ketika melihat manusia berlari laju menaiki MRT 

"Itulah masa.Mereka berlari laju kerna masa itu emas"

Ketika  makan di Tao Payoh dan bayaran dolar Singapura

"Tahukah berapa ringgit ?"Aku bertanya

"Entah ........'balasnya

"RM25!"

"Mahalnya....................."jawabnya.

"Mahal sebab kita berada di luar negara dan nilai mata wang kita lebih rendah "balasku dan melihat matanya berkebil seakan tidak faham apa itu tukaran mata wang.

Aku membawanya ke pejabat pos dan membeli poskad.

"Ayah nak hantar kepada siapa?"

"Ibu ..........ayah kan sayang ibu .."balasku.

Belum pun aku sampai ke rumah,poskad sudah sampai ke rumah ...........

"Ayah kenapa Melayu,Cina,India cakap Inggeris?"

"Inggeris adalah bahasa utama Singapura .Kalau India cakap Tamil dan Cina cakap Mandarin,adakah boleh berkomunikasi?"

"Tidak................"jawabnya 

Aku bawa juga ke perpustakaan dan anakku melihat ribuan buku .

Aku membaca buku dewasa dan anakku membaca buku kanak-kanak.

Aku bawa ke masjid,syarikat akhbar ,restoran Chef Wan ,pasaraya dll .

Kami menaiki bas,teksi dan merayau melihat gelagat manusia dan pelbagai wahana moden di Singapura.

Aku mengajar anak pelbagai perkara apabila membawa mereka pergi ke negara maju.

Banyak perkara dilihat,didengar dan dialami.

Aku harap anak aku belajar erti apa itu KEMAJUAN .

Negara MISKIN :CAMBODIA 



Anak aku di sawah 

Kali pertama aku membawa anak yang masih kecil ke luar negara dan kami berdua sahaja.Masih menggunakan pampers dan susu botol.

Beg aku penuh dengan pelbagai ubatan,vitamin,SUSU TEPUNG,PAMPERS   dan pakaian anak.Pakaian aku hanya 3 helai baju dan dua helai seluar sahaja.Aku tahu pasti shopping nanti membeli pakaian.


Banyak perkara dilihat dan dipelajari.Walaupun anak ini baru berusia setahun lebih ,dia melihat kanak-kanak sebaya bermain  air sawah.

Itulah hiburan bagi mereka.

Mereka tidak kenal Sunway Lagoon atau Legoland.


Cambodia sebuah negara miskin di mana pendapatan 60 % penduduknya di bawah RM10 sehari.

Ketika aku membawa anak melihat gajah ,aku bertanya penduduk dalam bahasa Inggeris ,adakah mereka gembira ?

"Kami miskin.Tiada wang untuk ke zoo.Apabila gajah di bawa ke kampung-kampung ,kami berasa amat GEMBIRA!Selama ini kami hanya melihat gajah dalam TV".

Ketika usia aku 17 tahun,barulah aku menaiki kapal terbang buat pertama kali dan ke luar negara.

Begitulah miskinnya aku .Kali pertama aku melihat airport Subang  ialah pada tahun 1984 ketika usia 10 tahun iaitu menghantar ibu bapa menunaikan haji .


Gambau aku di SUBANG 1984 


Mereka yang mempunyai ibu bapa kaya raya mungkin masih bayi pun sudah menaiki kapal terbang.Namun aku tidak merasainya.Bertuahlah mereka yang mempunyai ibu bapa kaya raya.


Aku membawa anak-anak melihat apa itu kemiskinan dan apa itu kemajuan.Mereka belajar dari kecil hingga dewasa pengalaman yang dilalui.

Aku tidak sekaya Bill Gates yang boleh membawa anak-anak pusing dunia.

Aku hanya seorang ayah yang miskin wang  dolar USA dan harta Qarun ....................

Namun aku bersyukur mampu membawa anak-anak melihat negara orang lain dengan membuat simpanan sedikit demi sedikit..................

Semoga anak-anak belajau erti sebuah PENGALAMAN .








No comments:

Post a Comment