Friday 9 December 2016

Ketua Pemuda UMNO maut kemalangan





PORT DICKSON - Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman Selasih, Mohd Haizi Zorkapki, 33, maut selepas terlibat dalam satu kemalangan jam 11.55 pagi tadi.

Kemalangan berlaku di kilometer 9.8 Jalan Lukut-Sepang arah Sepang ke Lukut membabitkan sebuah motosikal dan lori.

Mangsa yang maut, Mohd Haizi yang menunggang motosikal bersendirian. Manga cedera parah dan maut di tempat kejadian.

Sinar Harian difahamkan, Mohd Haizi yang menunggang motosikal dari arah Sepang ke Lukut gagal memotong lori dihadapanya sebelum insiden ini berlaku.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Zainudin Ahmad mengesahkan kejadian.

-SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment