Sunday 4 December 2016

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA

Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Ulasan / Hujah


1.  Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha
     Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada
     ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan
     apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur
     bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum
     kedatangan kedatangan Rasullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah
     disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah
     kerana perkataan Tuhan dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.


2.  Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang
     dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible.Ini adalah kerana
     Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa              Greek.


3.  Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya
      berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti kristian.


4.  Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan
     bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam
     Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada
     agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya
     orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak
     berkuasa agama negeri ini.


5.  Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam
      lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah
      Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia
      bersifat tauhid.


6.   Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam
      perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja
      menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan
      agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat
      Islam.


7.  Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu
     terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan
     oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan
     kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama
     adalah sama.


http://masjidwilayah.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=124:isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah&catid=56:isu-semasa&Itemid=95

No comments:

Post a Comment