Sunday 13 November 2016

SENI BERDAKWAH

Assalamualaikum dan selamat pagi 

Siapa PENDAKWAH ?

Setiap org Islam berkewajipan menjadi pendakwah.Mendakwah diri sendiri,mendakwah pasangan,mendakwah anak-anak,mendakwah jiran,sahabat,teman,saudara dan semua manusia .


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ … 

“Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah."


Surah Ali Imran ayat 110.

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ , فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ , وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإيمَانِ

“Barangsiapa diantara kalian yang melihat kemungkaran, hendaknya dia merubah dengan tangannya, kalau tidak bisa hendaknya merubah dengan lisannya, kalau tidak bisa maka dengan hatinya, dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.” (Hadis riwayat Imam  Muslim ) 


MENGAPA PERLU MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI ?

Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 44 sebagai berikut:

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُونَ

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)-mu sendiri, padahal kamu membaca Al kitab ? Maka tidaklah kamu berpikir?"


يُجَاءَ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ بِهِ أَقْتَابُهُ، فَيَدُوْرُبِهَا فِي النَّارِ كَمَا يَدُوْرُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ، فَيطِيْفُ بِهِ أَهْلُ النَّارِ فَيَقُوْلُوْنَ : يَا فُلاَنَ مَا أَصَابَكَ، أَلَمْ تَكُنْ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَانَا عَنِ الْمُنْكَرِ ؟ فَيَقُوْلَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوْفِ وَلاَ آتِيْهِ، وَأَنْهَاكُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَآتِيْهِ

“Pada hari kiamat kelak akan didatangkan seseorang, lalu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian usus-ususnya terburai, dan ia berputar mengitari usus-ususnya itu, seperti keledai mengitari sekitar penggilingannya. Maka para penghuni neraka pun berputar mengelilinginya seraya berkata: ‘Hai fulan, apa yang menimpa dirimu, bukankah dahulu engkau suka menyuruh kami berbuat kebaikan dan mencegah kami berbuat kemungkaran’? Ia pun menjawab: ‘Dahulu aku menyuruh kalian berbuat baik, tetapi aku tidak mengerjakannya. Dan melarang kalian berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri mengerjakannya.’” (Hadis riwayat Imam  Al-Bukhari dan Muslim).


لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ , كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

“Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.” (Quran  Ash-Shaf: 2-3)


KEPIMPINAN MELALUI TELADAN adalah slogan terkenal yang didasarkan oleh mantan PM,Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dasar itu memberitahu bahawa seseorang ketua sepatutnya menjadi contoh teladan yang baik.Jika ketua masuk pejabat 9 pagi sedangkan waktu masuk pejabat ialah 8 pagi,bagaimana boleh dicontohi ? Justeru ketua perlu menunjukkan contoh positif agar diikuti pekerja bawahan.

Kita lihat berapa ramai ibu bapa bercakap bohong kepada anak-anak dan mahu anak anak sentiasa benar.Ibu bapa adalah teladan anak-anak.Jika ibu bapa suka bercakap bohong dan palsu,ia akan menjadi ikutan .

Dakwah perlu dimulakan diri sendiri.

Betapa banyak suami suka menulis dalam FB ayat-ayat sayang isteri,suka tolong isteri dan sebagainya namun hakikatnya pulang ke rumah,mandi dan melepak depan kaca TV.

Waktu makan hanya tunggu pinggan nasi dan lauk pauk sudah berada di meja.Hatta sudu pun tidak ambil.

Seorang lelaki bertemu Ibnu Abbas r.a ,katanya "Aku ingin menyuruh perkara baik."

Tanya Ibnu Abbas "Apakah sudah kau lakukan?" 

Jawabnya "Belum "

"Mulakan dahulu " balas Ibnu Abbas.

Tanya Ibnu Abbas lagi: “Dan apakah engkau telah mengerjakan hal itu dengan sempuma?” Ia pun menjawab: “Belum.” Maka Ibnu Abbas berkata: “Mulailah dari dirimu sendiri.” (Riwayat  Ibnu Mardawaih dalam tafsirnya).  


Jika mahu menjadi pendakwah ,mulakan diri sendiri .

Jangan sesekali menyuruh orang lain melakukan itu ini,itu namun diri sendiri tak buat .

Kita boleh menjadi hipokrit ,namun Allah SWT tahu segalanya.


3 CARA BERDAKWAH :

Pertama dengan lemah lembut dan hikmah 

Kedua SEDERHANA 

Ketiga KERAS 


Berdakwah dengan lemah lembut dan hikmah 


ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabbmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. 

[An-Nahl/16:125]

Suami isteri,contohnya perlu mengamalkan dakwah cara pertama iaitu lemah lembut dan hikmah.

Suami contohnya perlu memahami psikologi wanita yang lemah,sentitif,penat,suka berleter,berubah biologi bila haid dan sebagainya.

Ramai suami hanya tahu MEMUKUL isteri bila melakukan kesalahan sama ada perkataan atau tindakan.

Adakah itu cara berdakwah ?

Suami adalah ketua keluarga dan perlu menjadi contoh.Memukul isteri memang mudah,namun kesan psikologinya amat berat.

Tekanan,sakit,emosi dan pelbagai masalah berlaku.

Begitu juga ibu bapa.

Ibu bapa adalah role model kpd anak-anak.Bgmana bergelar ibu bapa yang mampu digelar sbg pendakwah?

Ibu bapa mudah mengeluarkan perkataan negatif seperti "Bodoh " "buta" "keras kepala" "degil "  "menyusahkan mak bapa" dan pelbagai perkataan negatif .

Ia adalah doa.

Jika kita lihat ibu bapa zaman dahulu ketika merotan anak-anak,akan berkata "Bertuah punya anak" 

Wlupun dlm keadaan marah,merotan anak-anak nmn ayat dikeluarkan adalah positif.
DAKWAH SECARA KERAS 


وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik,kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka.”

[al-Ankabût/29:46]

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhir ….” (QS. An Nur: 2)

Siapakah orang ZALIM ?

Munafik,fasiq,musyrik,murtad dan lain-lain yang sengaja menghina agama,memperlekehkan agama,malah tidak berani berdepan dengan cacian dan makian terhadap agama.

"Lu jaga lu punya kubur"

"Minum arak tak mabuk tak apa"

"Orang Islam ni bodoh sujud ke tembok"

dan pelbagai perkataan hinaan,cacian,sindiran .

Manusia zalim perlu didakwah dengan kekerasan.

Ayat hukuman kepada penzina tersebut menunjukkan dakwah kekerasan agar manusia tidak melakukan zina.Malah tiada belas kasihan kpd mereka dlm menjalankan hukuman.Tidak boleh zina sebat 100 rotan ditukar kpd denda RM2000.

Baginda SAW pernah melihat lelaki memakai cincin emas,lantas Nabi SAW mencabut dari jari lelaki tersebut dan membuangnya ke tanah.Itulah dakwah secara kekerasan.

Nabi SAW juga pernah melalui sebuah kampung di mana mereka membakar sarang semut dan Nabi SAW amat marah dan bersabda

"Tidak harus menghukum hukuman  yang hanya boleh dilakukan oleh Allah SWT ( membakar ) " 

Dakwah kekerasan akan menakutkan manusia melakukan maksiat,kejahatan dan sebagainya.

Khalifah Omar al Khattab ketika menjadi Khalifah didatangi lelaki yang ditangkap sebab mencuri dan bertanya

"Mengapa kamu mencuri?"

Jawabnya "Ini semua takdir Allah...Allah yang takdirkan aku menjadi pencuri"

Lantas Omar r.a memerintahkan hukuman potong tangan dan tambahan 40 rotan.

Sahabat bertanya mengapa tambahan 40 rotan?

Jawabnya "dia telah mempermainkan takdir Allah dan Qadak Qadar "

Hukuman kpd pencuri hanyalah potong tangan namun Omar r.a menambah 40 rotan sbg hukuman menunjukkan dakwah secara kekerasan agar org lain jangan sewenangnya berkata mempermainkan takdir Alllah .

Mengapa perlu membuat repot polis ?

Malaysia sebuah negara Islam dan aku berbangga menjadi muslim wlupn islam keturunan.

Bertahun-tahun aku melihat pelbagai tulisan malah tulisan sama tajuk sama dalam bod berlainan semata-mata mahu perlekehkan Islam,mengadu domba lain-lain agama demi melihat permusuhan dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan ,ramai melayan provokasi dan bergelak ketawa membaca tulisan penghinaan dan cacian kepada Quran,Nabi,ulama' dan sebagainya sdgkn mereka mengaku Islam.

Keputusan terakhir ,MEMBUAT REPOT POLIS kerna mengikut uslub dakwah dengan KEKERASAN.

Memang sedih membaca tulisan yg mendakwa mereka Islam memperlekehkan usaha membuat repot polis ,contohnya :

Itulah ujian dalam berdakwah .

Setelah ISA dihapuskan ,pelbagai penghinaan dilakukan spt membaling babi ke dalam masjid,menyuruh azan tidak menggunakan speaker dan mcm2 isu penghinaan agama.

ISA sebenarnya menakutkan mana-mana rakyat membuat penghinaan kpd mana-mana agama.

Akta ini berjaya menjadikan negara aman damai dan tiada provokasi.

Sampai bilakah kita biarkan islam dihina dan dicaci ? 

Mereka menghina kerana berfikir "dia tak kenal aku pun " 

Jika berdepan  face to face ,adakah berani menulis sedemikian ?

Antara sikap bacul ialah baling batu sembunyi tangan .

Justeru dakwah secara kekerasan perlu dilakukan .

Tulisan manusia zalim dibaca jutaan manusia  pelusuk dunia .Apa yang pelik ia sengaja dibiarkan agar boleh dibaca sedangkan pihak berkuasa boleh menghumbankan dalam arkib.

Nampak tak tindakan manusia zalim menganiaya orang lain ?

Tujuannya untuk mengaibkan dan merendah-rendahkan .Wlupun tulisan personal attack dilarang namun manusia zalim sengaja biarkan tulisan terus dibaca dan dibaca.

Repot polis bkn boleh dibuat main-main .

Repot polis adalah untuk mengajar manusia zalim.

KEZALIMAN berlaku di mana-mana dan manusia zalim serta penyokongnya pasti  mendapat karma.Usah berfikir aku tidak mahu repot polis sebab mahu mempraktikkan dakwah secara hikmah.
Sudah bertahun2 dan ribuan post menghina agama ,masih mahu memikirkan hikmah?

tanyalah diri sendiri,apa sumbangan aku kpd agama?

Tanyalah diri sendiri ,apa perlu aku lakukan kpd mereka yang sering memperlekehkan islam ,menghina Nabi,menghina Quran ,menghina ulama' dan sebagainya?

Tulisan itu akan kekal bertahun-tahun dan dibaca jutaan manusia.Mengapa dibiarkan dan tiada tindakan?

Setelah repot polis barulah beberapa tulisan dibuang?

Aku tidak berfikir manusia sezalim itu perlu didakwah secara hikmah dan lemah lembut.

Perlu berkeras dan repot polis adalah menunjukkan kekerasan.

Jangan menjawab di akhirat "aku tidak tahu" 

"Aku tidak baca"

"Dia kafir memang macam tu "

dan pelbagai alasan .....................

Menghina agama sama ada tulisan,perkataan,perbuatan adalah SALAH .Kalian yang mempunyai kuasa sepatutnya peka dengan pelbagai hinaan dan cacian kpd agama.Sepatutnya segala tulisan menghina agama tidak dibenarkan nmn tulisan penzalim bertahun-tahun tidak diambil tindakan.

Umat islam amat toleransi.Kuil,gereja,tokong dibenarkan kerana mengikut perlembagaan kebebasan beragama dan itulah yg diajar islam .

Umat islam di Malaysia amat toleransi .berhemah dan sentiasa berlapang dada.

Namun jangan balas toleransi dengan menghina agama Islam,agama rasmi negara Malaysia .

Membiarkan penzalim terus menerus menulis tanpa henti seakan menyokong perbuatan tersebut.

Apakah jawapan kalian di depan Allah SWT pada akhirat nanti ?

"Setiap pemimpin akan ditanya kepimpinannya"

Hayati hadis tersebut dan fikirkan .
KEZALIMAN berlaku di mana-mana dan manusia zalim serta penyokongnya pasti  mendapat karma.Usah berfikir aku tidak mahu repot polis sebab mahu mempraktikkan dakwah secara hikmah.
Sudah bertahun2 dan ribuan post menghina agama ,masih mahu memikirkan hikmah?

tanyalah diri sendiri,apa sumbangan aku kpd agama?

Tanyalah diri sendiri ,apa perlu aku lakukan kpd mereka yang sering memperlekehkan islam ,menghina Nabi,menghina Quran ,menghina ulama' dan sebagainya?

Tulisan itu akan kekal bertahun-tahun dan dibaca jutaan manusia.Mengapa dibiarkan dan tiada tindakan?

Setelah repot polis barulah beberapa tulisan dibuang?

Aku tidak berfikir manusia sezalim itu perlu didakwah secara hikmah dan lemah lembut.

Perlu berkeras dan repot polis adalah menunjukkan kekerasan.

Jangan menjawab di akhirat "aku tidak tahu" 

"Aku tidak baca"

"Dia kafir memang macam tu "

dan pelbagai alasan .....................

Menghina agama sama ada tulisan,perkataan,perbuatan adalah SALAH .Kalian yang mempunyai kuasa sepatutnya peka dengan pelbagai hinaan dan cacian kpd agama.Sepatutnya segala tulisan menghina  mana-mana agama tidak dibenarkan nmn tulisan penzalim bertahun-tahun tidak diambil tindakan.

Umat islam amat toleransi.Kuil,gereja,tokong dibenarkan kerana mengikut perlembagaan kebebasan beragama dan itulah yg diajar islam .

Umat islam di Malaysia amat toleransi .berhemah dan sentiasa berlapang dada.

Namun jangan balas toleransi dengan menghina agama Islam,agama rasmi negara Malaysia .

Membiarkan penzalim terus menerus menulis tanpa henti seakan menyokong perbuatan tersebut.

Apakah jawapan kalian di depan Allah SWT pada akhirat nanti ?

"Setiap pemimpin akan ditanya kepimpinannya"

Hayati hadis tersebut dan fikirkan .

Demi Allah ,aku tidak memaafkan penzalim dan pemunya kuasa kerna biarkan penzalim menulis apa sahaja mencaci islam sejak bertahun-tahun .

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Doa akan berterusan di samping usaha agar penzalim dan kuncunya tidak lagi berani mencaci dan perlekehkan Islam .

Biarlah aku dikeji,dihina,dicerca  dan diketawakan kerna bertindak KERAS ,namun hanya itu pilihan yang ada.


WAHAI TUHAN MAHA PENGASIH,JADIKAN MALAYSIA TERCINTA AMAN DAMAI ,RAKYAT BERSATU PADU DAN SALING SAYANG MENYAYANGI.





No comments:

Post a Comment