Monday 14 November 2016

DAKWAH MELALUI LISAN,PERBUATAN,TULISAN DAN PSIKOLOGI

Assalamualaikum wbt dan selamat malam


DAKWAH MELALUI  LISAN,PERBUATAN,TULISAN  DAN PSIKOLOGI



Seorang porumer Cari  dengan kejamnnya menghantar PM aku dengan penuh bahasa sindiran,mengaibkan,provokasi  dan sebagainya namun aku tidak mampu membalasnya.


Ayat-ayat kasih sayang yang diberikan MENITISKAN MATA JANTANKU.


Aku sedar tidak mampu membalas katanya dan hanya menulis “TERIMA KASIH “


Islam telah turun lebih 1400 tahun lampau namun sikap umat Islam kini  amat nipis ilmu pengetahuan mereka tentang Islam .

Malah aku dipanggil IBLIS walaupun  aku berusaha menulis dan menulis berkongi iilmu di forum,blog dll.

Iblis dijadikan dari api,manakala aku lahir dr perut ibuku.

DAKWAH MELALUI  LISAN


Seorang hukama’  berkata “Manusia dilahirkan mempunyai ribuan nikmat.Lihat haiwan boleh berjalan namun mereka sendiri tidak tahu ke manakah destinasi mereka.Gunung yang besar dan kukuh,namun tidak boleh melangkah walaupun setapak.Lihatlah dalam diri kita,semuanya nikmat hatta bulu di badan kita pun adalah nikmat.Tuhan jadikan bulu hidung untuk menapis pelbagai kotoran,habuk supaya tidak memasuki rongga hidung.Tidak malukah kita kepada haiwan yang berzikir siang malam sedangkan kita juga mempunyai lidah seperti mereka?”


Apabila Nabi SAW sah dilantik sebagai Nabi dan Rasul ,Baginda SAW memulakan dakwah iaitu dengan LIDAH.


Pada hari pertama dakwah di bumi Mekah , seramai 4 orang telah memeluk ISLAM. 


Mereka ialah Khadijah binti Khuwaylid (isteri Baginda SAW ), Zayd bin Thabit bin Shurahbil al-Kalbi (hamba Baginda SAW ), Ali bin Abu Talib RA  (sepupu Baginda SAW ), beliau masih kanak-kanak dan di bawah jagaan  Nabi SAW ) dan Abu Bakar as-Siddiq (sahabat setia Baginda SAW ).


Dakwah secara sembunyi akhirnya terangan dan mulalah tentangan hebat dari penduduk Mekah.
Tahun kesedihan ,di mana Nabi SAW kehilangan dua manusia penting dalam hidupnya,Khadijah dan Abu Tholib .Kuffar mula melakukan serangan hebat iaitu memulaukan orang Islam hatta orang Islam hidup dalam kedaifan dan tiada sumber makanan.


Seorang sahabat r.a pernah bercerita “Aku sedang buang air kecil  dan terpercik  air kencing di pasir.Lantas aku menguis pasir dan melihat tulang yang masih ada bersalut sedikit dagingnya,lantas ku basuh dan makan”


Begitulah peritnya orang Islam di Mekah pada zaman TAHUN KESEDIHAN.


Nabi SAW amat menyayangi Khadijah RA.Pada satu hari Nabi SAW menceritakan kebaikan dan jasa Khadijah ,lantas disindir isterinya Aisyah”Mengapa selalu menyebut perempuan tua itu?”.Nabi SAW amat marah dan keluar rumah beberapa hari sehingga dipujuk ayah mertuanya Abu Bakar As-Sidik RA supaya pulang ke rumah.


Aisyah RA adalah seorang isteri yang amat cemburu dan paling muda di antara semua  isteri  Nabi SAW.


Permulaan Islam berkembang adalah melalui LIDAH ,kemudian  dengan  akhlak baik ,seterusnya peperangan .


Bermula hanya 4 orang Islam ,kini 1.8 bilion penduduk dunia menganut Islam.


Berdakwah melalui LIDAH adalah paling sukar kerana seseorang perlu mempunyai ilmu balaghoh,fasohah,komunikasi,psikologi dan sebagainya.


Aku bertemu seorang Pengarah  jabatan kerajaan  bergelar Datok dan aku bertanya

“Datok tahu bahasa arab?”

Jawabnya tidak………….

Aku pun membalas “Datok tahu bahasa  
arab..Assalamulaikum,masjid,kopiah,jubah,nikah,wali,alhamdulillah ,innalillahwainnarajiun
tu semua bahasa arab…Kta guna bahasa arab setiap hari…”


“Betul juga  yea…Terima kasih Tuan Haji ”katanya


Aku pun menasihati beliau “Lain kali jika ditanya tahu bahasa arab,jawablah saya tahu sikit-sikit..”


Pengarah tersebut ketawa sambil menyalakan rokok di mana papan tanda “No Smoking “ amat besar di dinding pejabatnya.


Sebagai usahawan dan penulis memaksa aku naik turun pejabat kerajaan dan swasta seluruh negara.
Bukan mudah bertemu dengan pengarah jabatan kerajaan dan swasta.Perlu buat appoinment dan sebagainya.itulah kehidupan.


Kadangkala appoinment jam  9 pagi namun pengarah ada di pejabat jam 11 pagi.Dua jam aku buang masa melayan FB,baca buku,menulis nota,merayau dari tingkat 1 hingga 11  dll menunggu pengarah sampai ke pejabatnya

Aku ni amat mementingkan masa.Appoinment dengan Dr Mahathir jam 10 pagi,jam 8 pagi aku dah sampai ,sementara sampai masa  aku  berbual dengan pengawal peribadi,pemandu,pegawai beliau.
Soalan pertama  aku tanya ialah waktu tidur.


Jawab Dr M “Saya biasa masuk bilik tidur jam 10 malam dan baca buku.12 tengah malam saya lelapkan mata.6 pagi saya bangun.Solat Subuh,sarapan,baca akhbar dan ke pejabat”


Aku tanya “Sejak bila?”


Jawabnya “Sejak saya muda hinggalah sekarang…”


Wlupun waktu pejabat jam 8 pagi,Dr M biasa sampai seawal 7.15 pagi.


Kata beliau”Manusia boleh membeli jam yang amat mahal harganya namun belum tentu boleh memanfaatkan masa sebaiknya”


Ketika aku belajau di Universiti di mana pelajarnya datang dari 100 negara dunia,perkara pertama aku lakukan  ialah belajau banyak bahasa.Aku mengajar Abdullah,pelajar dr China bahasa Melayu dan dia mengajar aku bahasa Cina.


Bila kami bertemu aku bertanya NI HAU MA? Dia jawab khabar baik!Itulah antara kennagan di Universiti.


Imam Syafei rahimahullah adalah seorang yang amat berhati-hati dalam percakapan.Antara nasihatnya
“Berfikirlah sebelum bercakap walaupun bercakap seorang diri”


Jika mahu menjadi pendakwah,perlu menguasai banyak bahasa terutama bahasa penting dunia spt Arab,Inggeris,Mandarin,Perancis dan sebagainya.


Beusaha juga belajar dialek kaum dan etnik di Malaysia termasuklah bahasa orang asli.
Aku mempunyai kawan baik berbangsa Cina bernama Ah Hong.Kami kenal sejak kami bujang lagi .Walaupun beragama Buddha namun amat menghormati Islam,malah tahu memberi salam ketika bertemu dan SMS .


Belajar di kolej namun terpaksa berhenti sebab memenuhi permintaan ayahnya untuk menggantikan bisnes.


Ketika aku bergelar Boss pada 90an,Ah Hong membantu  ayahnya berniaga.Apabila ayahnya sudah uzur,dia  menggantikan ayahnya hingga sekarang.


Apabila bertemu pada Ramadhan ,dia tak pernah makan minum di hadapan aku kerna menghormati orang yang berpuasa.Begitulah adabnya wlupn beragama Buddha kerna dia memahami sentimen agama org lain.


Sepupunya masuk Islam dan bekerja sebagai chef di sebuah hotel.

“Sejak dia masuk Islam,solat 5 waktu,puasa tak pernah ponteng”kata Ah Hong.


“Lu bila maw msk Islam?”aku tanya

“Hayya..aku takutla kena potong…”

Itulah guraunya.


Ketika Abu Tholib gering dan nazak,Nabi SAW mengajrnya kalimah Tauhid namun Abu Tholib enggan hinggalah nafas berhenti .Tangisan membasahi hingga k ejanggut kerna sedih melihat bapa saudara tersayang meninggal dunia dalam kekufuran.


Malah Quran mengherdik Nabi SAW yang cuba memohon keampunan dari Allah buat bapa saudaranya.


Itulah hidayah.Hidayah itu amat mahal harganya namun orang Islam sendiri tidak pernah menghargai hidayah.Mereka hanya berbangga dalam Mykad tertulis AGAMA ISLAM.Bagi mereka,cukuplah bergelar orang Islam.


Antara usaha dan cara berdakwah dengan LIDAH ialah :

Pertama  berusaha fasih banyak bahasa dan dialek kaum.

Kedua banyakkan membaca buku-buku sirah dan kisah para sahabat.

Ketiga banyakkan berdoa ,antaranya  doa Nabi  Musa ketika mahu berdepan Firaun.

Keempat  Berusaha khatam Quran sebulan sekali dan Imam Syafei rahimahullah khatam Quran 30 kali sebulan ,manakala pada Ramadan 60 kali.

Kelima  belajar membaca Quran dengan tajwid yang betul.

Keenam perbanyakkan membaca  kitab-kitab agama lain untuk mengetahui dan memahami agama penganut lain.

Ketujuh berusaha  memahami ilmu falsafah.

Kelapan  memahami psikologi manusia

Kesembilan memahami  keadaan dan sosio penduduk dan negara

Kesepuluh  berusaha menarik minat pendengar dengan jenaka tidak keterlaluan.

Kesebelas tahu ilmu perbandingan agama

Kedua belas  memahami tafsir Quran spt Tafsir Ibnu Kathir dan Fi Zilalil Quran

Ketiga belas belajar dari tokoh seperti Nabi SAW,sahabat,tabiin dan sebagainya.

Keempat belas kurangkan makan dan tidur.

Kelima belas berusaha solat tahajjud setiap malam.

Keenam belas sentiasa menambahkan ilmu dari  ulama’ sahih di masjid dan sebagainya.

Andainya tidak mampu berdakwah menggunakan LIDAH,cuba gunakan perbuatan.


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ

“Sesungguhnya ada seseorang yang berbicara dengan satu kalimah, ia tidak menganggapnya berbahaya; dengan sebab satu kalimah itu ia terjungkal selama 70 tahun di dalam neraka"

(HADIS SAHIH ) 


BERDAKWAH MELALUI PERBUATAN


Insya Allah bersambung

G A M 

14 November 2016 









No comments:

Post a Comment