CERPEN DESTINASI TERAKHIR
Uitm Lendu MELAKA .
Shafiah melihat jam tangannya .Mengapa putaran masa dirasakan amat lambat.
“Ayah…..mengapa lambat ni?”bisiknya .
Shafiah menunggu tempat biasa,di mana di situlah kebiasaannya mereka bertemu.
“Maaf Ayah lambat …”matanya bergenang,merahsiakan sesuatu.
Affan memeluk anak kesayangannya ,matanya berkaca.
“Apa ni Ayah ,”Tanya Shafiah
Kelihatan plastik putih .
“Ubat Ayah…,”balas Affan.
“Ayah sakit apa..?”Shafiah ingin tahu .
Affan tidak menjawab.
“Bagaimana study ?”Affan bertanya
“Ok je Ayah….Cuma bulan ni banyak assigment dan test “balasShafiah merenung mata ayah tersayang yang masih berkaca…
Fikiran Affan menerawang …
“Ceraikan aku!”bentak Yuhana .
“Kenapa kau ni ?dah gila ke apa?”balas Affan.
“Memang aku gila !Apa punya laki….ingatkan kahwin dengan awak hidup senang tapi makin lama makin susah …,berasa pun dah habis ..”bentak Yuhana .
Affan keluar rumah.Malas dilayan angin isterinya .
Affan ke kubur ibu bapanya.matanya berkaca.
“Mak…Ayah…jika mak ayah masih ada..saya tak la susah macam ni “keluhnya di pusara .Air mata bercucuran mengiringi doa buat ibu bapa.
Itulah Affan,pabila kesedihan ,dia ke pusara ibu bapa dan meluahkan segalanya.Affan kematian ibu bapa sejak usianya setahun dan ketika kanak-kanak ,datoknya selalu membawa Affan ke pusara .
Setelah doa dan bacaan Quran ,Affan meninggalkan pusara ….
“Menantu celaka..menantu babi …,”kedengaran suara di corong telefon.
Affan menamatkan panggilan.Malas dilayan mentua hilang akal.Jika dilayan ,lama-lama Affan pun gila…
“Belajarlah bersyukur…tengok Somalia..nak cari air punberjalan berbatu-batu..”nasihat Affan.
“Kalau i tak kahwin dengan abang.i dah kahwin doctor..hiduppun senang !”Yuhana menyindir.
Affan berkaca.
Kringgggggggggggg…….
“hello…………”
“Bini kau dah bersalin!”itu sahaja kata mentua.Bagi salam pun tidak.
Affan menghidupkan motosikal dan terus ke hospital Muar .Melihat bayi perempuan comel ,iras ibunya.
“Allahu akbar Allahu akbar…………..”laungan azan dan iqamat dilaungkan.
“Aku nak namakan anak ni Shafiah………….sempena nama arwahneneknya “bisik Affan.
Esoknya Affan ke JPN,tanpa berbincang dengan isteri,terus menamakan anak Shafiah .
……………………………………………………………………………………………………………
“Shafiah…Math and Science are not easy..u must hardwork ..”
“But its really hard Ayah…”
“Everything is hard …nothing is easy…made is easy “
“OK..i try my best ..,”
SMS antara Affan dan Shafiah.
Kesibukan kerja menyebakan mereka berdua berhubung hanyamelalui SMS.Itulah pengikat kasih sayang antara anak dan ayah ..
……………………………………………………………………
Affan antara pelajar cemerlang di SMR.Setiap kali peperiksaan sekolah ,Affan mendapat nombor satu hingga dicemburui rakan-rakan.
“Korang tak malu dengan Affan?Anak yatim piatu ,miskin tapi berjayadalam pelajaran”kata Cikgu Md Jani .
“Ros…u are pretty today ..can I kiss u ?”
“Wei..mana boleh!dah nikah boleh !”balas Rosnah.
Affan dan Rosnah seperti belangkas.Setiap hari beriringan ke perpustakaan dan kantin bersama-sama.
“Sunday ni kita pi Pustaka Kanat nak ?”pujuk Affan.
“Sunday ..?tengok la…”balas Rosnah menggengam tangan kekasihnya.
………………………………………………………………………..
“Aku terima nikahnya Rosnah bte Mokhtar ……”
Imam dan hadirin tergamam.
“Maaf Imam…”,ujar Affan.
“Aku terima nikahnya Yuhana Bte Abdullah dengan mas kahwinnya RM39.99 sen tunai…”
Affan mencium tangan ibu mentuanya denggan linangan airmata.
“Terima kasih mak….”ujar Affan memeluk ibu mentua.
Affan dan Yuhana disatukan.Mereka honey-moon di Genting Highlands,Cameron dan Langkawi.Jam tanganbernilai RM599 tangan Yuhana amat manis.Semanis orangnya.
“Suka tak jam tu ?”,tanya Affan
“Suka…siapa tak suka hadiah suami tersayang …”,balas Yuhana .
………………………………………………………………………………………….
SMK Syarifah Rodziah
“Ayah…..minggu depan SPM,doakan Angah…,”
“Ayah doakan terbaik ..”balas Affan di corong telefon.
Minggu berlalu…………
“12A1 ……”
Shafiah seakan tidak percaya melihat keputusannya dan orangpertama dihubungi ialah Affan.
“Ayah…….”
“Ayah dah tahu…”balas Affan.
“Bagaimana Ayah tahu ?”Shafiah kehairanan.
“Sekarang zaman google Angah….”balas Affan sambilmengucapkan tahniah.
……………………………………………………………..
Mekah al-Mukarramah
“Angah doa apa di depan Kaabah ?”,tanya Affan.
“Angah doakan Ayah umur panjang dan sihat…”,balas Shafiah,matanya bergenang .
“Ayah doakan semua termasuk ibu kamu”,Affan bergenang.
Shafiah kelu.Itulah Ayah.Walaupun ibunya kejam meninggalkan Ayah,namun nama ibu tetap di hati.Sejak Shafiah mengenali ayah kandungnya,Ayahnya tidak pernah memburukkan ibunya.
Shafiah seakan bermimpi menjejakkan kaki di Masjidil Haram bersama ayah tersayang.Hadiah SPM cemerlang.
10 hari di Mekah dan Madinah terasa amat pantas.Shafiah berkesempatan meninjau Universiti di mana ayahnya pernah belajar.
“Ayah kenapa Ayah agak pucat ?”,Shafiah melihat wajahayahnya kusam dan tidak bermaya.
“Ayah kurang tidur….jam dua pagi Ayah dah ke masjid..kita tidak tahu bilakah akan berpeluang ke sini lagi…”jawab ayahnya sambilmelihat jam tangan.
Affan menyambung bacaan Quran.
Begitu juga Shafiah…..
……………………………………………………………………………………………………..
Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Batu
“Shafiah..maafkan Ayah….lama ayah tak jenguk Shafiah…”Affan sendu .
Shafiah hanya mendiamkan diri ,biarkan dirinya dipeluk Affan.
Hampir empat tahun Affan tidak menjenguk Shafiah di sekolah.Kali terakhir Shafiah Tahun Dua dan kini telah berusia 12 tahun.
Shafiah hanya diam mata berkaca.
Dia tidak bercakap.
Affan bercakap sendirian .
Bilik pejabat sekolah seakan sunyi
Seakan semua membiarkan tangisan seorang anak dan ayahnya bergema ….
SHAFIAH
…………………………………………………………………………………………………..
Sekolah Kebangsaan Bukit Berseri
“Shafiah..maafkan Ayah….lama ayah tak jenguk Shafiah…”Affan sendu .
Shafiah hanya mendiamkan diri ,biarkan dirinya dipeluk Affan.
Hampir empat tahun Affan tidak menjenguk Shafiah di sekolah.Kali terakhir Shafiah Tahun Dua dan kini telah berusia 12 tahun.Amat pantas masa berlalu.
Shafiah hanya diam mata berkaca.
Dia tidak bercakap.Marah.Kecewa.Geram.
Affan bercakap sendirian .
Bilik pejabat sekolah seakan sunyi
Seakan semua membiarkan tangisan seorang anak dan ayahnyabergema ….
…………………………………………
“Shafiah…….kamulah anak yang paling ayah sayang….”ujar Affan.
“Erm…….”,Shafiah mendengus.
“Nenek kamu bernama Shafiah dan Ayah abadikan nama nenek pada diri kamu…,”balas Affan menyambung cerita.
“Shafiah…..arwah nenek kamu meninggal dunia ketika usianya baru 25 tahun…Moyang pernah bercerita ketika nenek meninggal ayah menangis sahaja dan moyang ambil baju nenek balutkan ayah..,”Mata Affan mula berkaca menceritakan kisah arwah ibunya.
“Sepanjang masa ayah dibaluti dengan kain batik dan pakaian nenek kamu…barulah ayah tidak menangis rindukan mak lagi….”Suara Affan semakin perlahan.
Air matanya semakin laju …..
Shafiah mengeluarkan sapu tangan dan mengesat pipi ayahnya.
“Nenek kamu anak sulong ….mempunyai 10 orang adik beradik….”Affan mula terasa badannya menggigil.
Setiap kali menyebut nama Shafiah,pasti mata bergenang…
“Maafkan ayah…ayah tak mampu bercerita lagi tentang nenek kamu..nanti lain kali …”Affan menamatkan bicara meninggalkan Shafiah di kantin sekolah SMKA Syarifah Rodziah.
Washington USA
Affan melihat jemari .
“Aku sudah semakin tua….,”bisiknya.
“Yang..macam mimpi je kita ke sini ….,”sapa Affan sambil menggengam tangan isteri tersayang.
“Yea la….kita bercinta di sekolah menengah..u kahwin lain..ipun sama…Akhirnya dah kerepot baru bertemu kembali….”sapa Ros.
“Itulah destinasi kehidupan kita…Allah tentukan segalanya..”Affan mencebik.
Ros masih seperti dahulu.Manja dan suka bergurau.Tidak pernah berubah.
“Salam.Ayah sihat ?”
“Waalaikumsalam..sihat Angah…..”
“Ayah tak nak balik Malaysia ?.”
“Entah la…..tengok la dulu…..”
“Abanglong sihat?”
“Sihat ayah……”
“Nanti kirim salam Abanglong …”
“Baiklah Ayah…..Angah rindukan masakan ayah….”
“Nanti Ayah balik,Ayah masak sedap2 untuk Angah…”
“OK Angah…Ayah nak sambung kerja siapkan skrip filem …,”
“Baiklah Ayah..kirim salam dengan Untie Ros..”
Affan memulakan kehidupan baru di Amerika setelah mengijabkabulkan Shafiah .Sepatutnya ketika Shafiah di sekolah menengah lagi Affan ke sana namun Shafiah meminta ayahnya menunggu kerana mahu ayah kandungnya menjadi wali .
“Jika Ayah pergi Amerika sekarang…Shafiah takkan kahwin!”
Affan memeluk anak kesayangan.
“Aku nikahkan dikau dengan anakku Shafiah dengan maskahwinnya RM39.99 sen tunai ..”
Mata Affan berkaca.
Anak dara kesayangan kini menjadi milik suaminya…..
Affan meninggalkan majlis perkahwinan dan terbang ke Amerika…
……………………………………………………………………………………
“Sayang..baca Washington Post “
SMS dari suami tersayang Dr Azlan.
Shafiah terus membuka komputer….
“Man who look Dummy but not Dumb now the richest…”
Shafiah membaca Washington Post melalui komputer riba.
“Man who look dummy?,” fikir Shafiah.
“Itulah ayat yang sering digunakan Ayah…”
Shafiah membaca …
“A man that is famous with sentence “A man who look Dummybut not DUMB “ now becoming richest person in America.That man who travel to America after frustrated with life in, Malaysia origin .When come to America, only with a laptop and white glass...with her first love,Rosnah Mokhtar .Affan Abdullah ,69 now own film production, factory manufactured, product of various cloths.Also have press and magazine that the sales 100 million copies one month.Car company named Shafiah Genius Car has recorded sales of 500 million units this year .”
Shafiah terdiam.
“Affan Abdullah ???”
Shafiah mengambil telefon bimbit ….
“The number you called is busy,please leave the voice message”
“Salam Ayah.Angah baca Washington Post .Adakah ia berita mengenai ayah???”
Shafiah menghantar SMS…
……………………………………………………………………………………………………………
"You Dr Shafiah?”tanya seorang peguam.
“Ya saya …”balas Shafiah.
“Ini amanah dari ayah kamu…..,”Peguam menunjukkan dokumen kepada Shafiah.
Shafiah membacanya….
Air matanya menitis laju…..
Dokumen berserta kunci rumah …
“Ayah hadiahkan Villa Shafiah di Langkawi…”tulis Ayah.
…………………………………………………………………………………………………………. Lincoln Hospital,WashingtonDC USA
“Ayah berdoa….Ayah menghembuskan nafas terakhir di atas riba Angah…”
“Ayah..jangan cakap bukan-bukan…Angah selalu doakan Ayah umur panjang…”
Affan batuk-batuk kecil.
Matanya semakin kelam.
Seakan tidak boleh melihat lagi….
Shafiah melihat ayahnya semakin kurus .
Shafiah terbang ke Amerika untuk menziarahi ayahnya di Lincoln Hospital.
“Angah….Ayah mungkin ….”suara Affan tersekat-sekat.
“Ayah….Angah sayangkan Ayah…”suara Shafiah sendu melihat jasad ayahnya di atas katil hospital.
Batuk Affan semakin kuat.Darah mula terpercik dari mulut membasahi baju ..
“Doctor..help!”jerit Shafiah.
……………………………………………………………………………………………………….
Mahsuri De Hotel Pantai Cenang LANGKAWI
“Ayah nak masak sayur goreng udang galah khapkhonkhap..”ujar Affan.
“Ayah ni kreatif betul..masakan pun ada nama Siam?”balasShafiah.
Affan senyum.
Percutian seminggu di Langkawi bersama ayahnya amat bermakna.
Affan memasak masakan istimewa buat Shafiah,bercerita kisah hidupnya,memberi nasihat dan sebagainya.
“Ayah tahu tak..hari tu Angah masak Lempeng Hawau ,ibu puji masakan Angah…”
“Bila Angah beritahu ayah yang ajar,ibu terusmenangis..”ujar Shafiah.
“Ibu cakap dia suka masakan ayah,ayam goreng berlada….”sambung Shafiah.
“Wahhh..ibu kamu masih ingat ayam goreng berlada…”balas Affan tersenyum.
“Ayah suka memasak..sejak sekolah menengah lagi ayah suka memasak…”balas Affan mengesat matanya.
Ketika menjejakkan kaki ke hotel,Shafiah terperanjat apabila melihat potret ayahnya .
“Ayah …kenapa hotel ni ada gambar Ayah di reception ?”tanyaShafiah.
“Pelanduk dua serupa kot..…”balas Affan merendah diri .
Shafiah merenung lukisan potret ayahnya bersama mantan PM Malaysia,Dr Mahathir.
………………………………………………………………………………………………………
VILLA SHAFIAH ,LANGKAWI
Shafiah turun dari kereta .
Sebuah banglo tiga tingkat dilihatnya.
Shafiah menekan punat di dalam kereta dan pintu pagar banglo terbuka dan Shafiah masuk ke dalamnya.
“Canggih betul banglo ni…….”Shafiah melihat pelbagai gambar,hasil karya,sijil penghargaan,kertas dan pelbagai perhiasan disusuncantik dan teratur .
Semua barang-barang peribadi ayah ada di sini.Diari tahun 1985 hinggalah tahun terakhir hayatnya dalam frame tergantung di dinding.
Shafiah melihat frame bertulisan jawi terpampang di ruang tamu.
“Anakku Shafiah….Ayah hadiahkan banglo ini sebagai kenangan dan kasih sayang kita.Berdoalah agar kita bertemu di Syurga…Ayah sayangkan Shafiah dulu,kini dan selamanya”
Mata Shafiah berkaca.
Shafiah melihat sebuah kotak.
Shafiah membukanya dan melihat kertas kuning bertulisan tangan…
Dia membaca satu persatu..
“8 Jun 2002 ..
Aku amat bersyukur pada-Mu Tuhan Maha Pengasih kernamemberikan aku cahaya mata perempuan….Aku namakan Shafiah sebab aku amatmencintai ibu kandungku….”
“8 Jun 2005…
Shafiah apa khabar ?Ayah sekarang di luar negara.Ayah sedangmelihat mentari tenggelam.Alangkah indah jika Shafiah ada di sisi Ayah…”
Mata Shafiah terus menerus bergenang…
“Ayah sentiasa menulis surat buatku namun ayah tidak poskan surat…….”bisiknya .
Ribuan surat ditulis ayahnya namun ia berada di dalam kotak tanpa dihantar .
Banglo di tepi pantai amat cantik….
Shafiah melihat sebuah bilik .
“Kamar Cinta”
Shafiah masuk dan membuka lampu melalui remote control.
Mata Shafiah terbeliak…
“Ayah………………………………………..”
Shafiah memeluk Ayahnya.
“Bukankah Ayah dah meninggal di Amerika ?”Shafiah menangis memeluk ayahnya .
“Maafkan Ayah…Ayah terpaksa buat berita palsu sebab di Amerika perlukan propaganda.Jika tiada berita Ayah meninggal dunia,pasti ayah tidak boleh terbang ke Malaysia..”jelas Affan.
“Amerika penuh dengan manusia hasad dengki dan retorik.Lihat sahaja Michael Jackson dibunuh dengan ubat tidur.Diana mati kemalangan…Kennedy dibunuh dan ramai mati akibat sikap sang Algojo yang rakus ….Ayah terpaksa buat berita palsu demi selamatkan diri dan pulang ke Malaysia…”sambung Affan.
“Oooooooo……”Shafiah mengiyakan.
“Apa khabar anak mak ?”sapa Untie Ros.
“Baik mak…….”balas Shafiah.
“Macam tu la anak mak…lepas ni jangan panggil untielagi…”ujar Untie Ros.
“Mak…cerita la kisah cinta mak dan ayah…”Shafiah memulakan bicara.
Shafiah masih terkejut.
Apabila mendengar khabar berita kematian ayahnya di Amerika,Shafiah menangis sepanjang hari kerana tidak sempat hadir pengkebumian ayahnya.
Hanya iringan doa dan bacaan Quran buat ayah tersayang.
“Angah tahu tak….kenapa mak jatuh cinta ?Masa tu form one di SMR…Ayah ni memang pandai Math dan selalu ajar mak …lama-lama jatuh cinta….Lepas tu ayah pindah sekolah arab dan tidak pernah hubungi mak….”bicara Untie Ros mengimbau kenangan lama.
“Ayah pindah sekolah dan tidak hantar surat pun…..Tunggu punya tunggu ada orang pinang mak,terima sahajalah!”
“FB telah ketemukan kami semula setelah 33 tahun terpisah…..”
Shafiah tekun mendengar .
“Ayah kamu ni masa sekolah memang miang betul…masa tu mak free hair..matanya suka tengok sana sini..kadang-kadang ditariknya rambut mak ”
Affan mencelah
“Mak kamu ni memang romantik sejak sekolah menengah.Selalu masukkan hadiah dalam beg sekolah ayah…pensel,pemadam,pembaris ..”
“Tak sangka ayah dan mak bersama ketika usia emas..”sampuk Shafiah.
“Destinasi hidup kan ketentuan Allah…”balas Untie Ros.
…………………………………………………………………………………………………………
8 Jun 2065
“Salam.Angah…..Maafkan segala salah dan silap ayah…Selamathari jadi.
Datanglah rumah.Ayah dah siapkan kek special buat Angah ”
SMS dari Ayah buat Shafiah termangu.
Shafiah terus menghidupkan enjin kereta dan pergi ke Villa Shafiah.
Kelihatan Ayah sedang bersantai di tingkat tiga dan memegang Quran.
“Angah….ayah nak minta boleh tak ?”
“Apa Ayah …?”
“Ayah nak baring di atas peha Angah….”
Shafiah pun duduk bersila dan mencabut uban2 yang semakin memenuhi kepala ayahnya.
“Angah…..boleh tak nyanyikan lagu yang selalu ayah nyanyikan masa Angah kecil ?”
Shafiah senyum dalam kesedihan.
Mata Shafiah berkaca.
“Satu dua kucing berlari…
mana nak sama Si kucing belang…
Semua anak boleh jauh pergi
Namun Shafiah hanya seorang…..
Susu lemak manis
santan kelapa muda
Shafiah jangan nangis
Ayah banyak kerja …”
Affan menghembuskan nafas panjang ….
“LAILAHAILLALLAH………………………….”
dan mengakhiri hayatnya di atas peha Shafiah……..
Shafiah kehilangan ayah tersayang di hari jadinya……………….
~~ TAMAT ~~
This short story (cerpen) .
I love writing short story while free.........Thanks for reading
G A M
Nama,lokasi,perjalanan cerita tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.Jika ada,ianya KEBETULAN.
COPYRIGHT@2016-2099 GAM
No comments:
Post a Comment