Malaysia memang negara Islam namun hak beragama diberikan kpd semua rakyat .Ini digariskan dalam PERLEMBAGAAN .
Tiada satu pun ajaran agama sama ada islam ,Yahudi,Kristian,Hindu,Buddha dll menyuruh penganut MENCACI dan MENGHINA agama lain.Bacalah kita2 agama,agama mengajar kasih sayang sesama manusia .
Malah Malaysia sejak merdeka ,semua bangsa dan suku kaum saling toleransi ,hanya slps ISA dihapuskan ,isu agama menjadi genting dan hot.
Sjk merdeka,ISA berjaya mengekalkan perpaduan kaum dan tiada provokasi agama.Ini diberitahu kwn aku .Aku pn pernah hidup zaman ISA,kurg ketegangan kaum dan agama.
Dalam Islam jelas mengajar "BAGI KAMU AGAMA KAMU,BAGIKU AGAMAKU"
Hentikan semua perkataan,sebutan,gambar menghina agama lain dan belajau menghormati agama lain.
ISLAM MELARANG UMATNYA MENGHINA AGAMA LAIN :
"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan."
(Quran surah Al An'am:108)
Kedua Jangan cuba provokasi
Jangan provokasi spt ayat "kamu sembah pokok?bodohnya kamu.."
Ktk sekolah menengah,kami remaja wlupun berlainan agama,mmg rapat.Melayu,Cina,India bersekolah bersama2,main bola sama2,pi library sama2,pi tgk wayang sama2,main snoker sama2 ...Melayu pi rumah pelajar Cina bl Tahun Baru,Cina dtg rumah aku bl Aidilfitri.
itu tahun 80an .
Aku msh ingat Cikgu Md Jani (dh arwah ) cikgu sejarah SMR ,Masjid Tanah Melaka selalu pesan
"kita perlu bersatu wlupun berlainan bangsa ,agama.Sekolah ni ada cikgu 3 bangsa,pelajar 3 bangsa."
Itulah nasihatnya,smpi skrg aku msh ingat .
Ketiga BERSATU SEPERTI ZAMAN PIAGAM MADINAH
Madinah menjadi ibu kota (negara ) Islam pertama dalam islam.
Perlembagaan Piagam Madinah memberi hak bukan islam.Ada Yahudi,Nasrani,Majusi dll agama.
Bukan Islam boleh beribadat di tempat mrk tanpa halangan.Bukan Islam tidak pernah mencaci azan 5 kali sehari.
Mereka semua bersatu padu wlupun berlainan agama.Dalam peperangan mempertahankan Madinah,bukan Islam bersama-sama membantu pertahankan kota .
Malah setelah kewafatan Nabi SAW,Khalifah Abu Bakar As Siddik menjadi Khalifah dan berjiran dengan Yahudi.Tiada kebencian dan permusuhan wlupn berlainan agama.
begitulah seterusnya .
Keempat MUAFATKAT DALAM APA JUA PERKARA
Gotong royong,sentiasa bertanya khabar,memahami hak agama lain dan sebagainya akan mengangkat nama baik negara .
Bila Lee Chong Wei live di TV,jutaan pelabagai kaum dan agama trmasuklah aku menyokong Lee.
Bukan merosakkan akidah pun.
Ktk sekolah menengah,guru BI ialah Ms Ng.
Guru terbaik dan tiada pilih kasih mengajar 3 kaum dalam kelas .
Kelima jauhi FANATIK POLITIK.
Parti politik bersepah sepah dan sikap fanatik dan gila sokongan sebabkan politikus jadikan isu kaum n agama .
Ia tindakan bodoh .
Jgn obses.
Aku Ahli UMNO undi BN berkawan baik dgn semua penyokong parti lain .PRU14 aku pn pening x taw nk undi sape sbb skrg politik dh jd mcm sampah.
Aku n kwn2 lain2 ideologi lepak kedai mamak selamba berdebat isu politik dll.
xda masalah.
hak msg2 nk sokong sesiapa tp jgn obses n fanatik.
Seorg menteri selalu sms aku sbb kritik UMNO/BN n aku jwb "Nobody is perfect."
Ramai org hairan aku x masuk BERSATU sdgkn aku penyokong no 1 Dr M sampaikan aku tulis buku tentang dia .itu hak aku.
Keenam MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM DIHORMATI.
Sejak merdeka Malaysia sertai OIC dan menjadi contoh kpd dunia Islam.Bila peperangan di Somalia,Bosnia dll ,Malaysia membantu .Bila tragedi tsunami Aceh,gempa bumi Jepun ,semua bangsa dan agama hulur bantuan wang dan pergi sana mmbantu.
Semua bangsa dan agama dibantu JPA melanjutkan pelajaran di luar negara .Pelbagai bangsa dan suku kaum berjaya mnejadi guru,doktor,pensyarah,peguam dll .
Sukan yang melahirkan pelbagai bakat ,kerajaan bantu tanpa mengira kaum n agama.
Jgn rosakkan nama negara .
Sjk merdeka pemimpin dunia Islam dan dunia bkn Islam mghormnti Malaysia negara unik pelbagai kaum dan agama nmn HARMONI,AMAN.
Ketujuh fahami HAK BUMIPUTRA
Hak Bumiputra memang ada dalam PERLEMBAGAAN.
Jgn pertikaikan MARA,Uitm dll.
Bukan Bumi pun mendapat hak pembelajaran,bantuan,sokongan dll dr kerajaan sjk merdeka.Cina,India dll bangsa berjaya jadi doktor,peguam,guru dll wlupun tidak dpt bantuan MARA dll.
Bukan mudah jd kerajaan ,bersyukurlah negara masih aman damai,mampu membayar gaji kaki tgn kerajaan dll.
Tiada kerajaan smpurna trmasuklah US.
Cousin aku dok USA pn trauma skrg sjk Trumph menang Presiden.Janjinya nka tutup masjid dan halang 40 negara dunia msk USA trmsk Malaysia .
Kelapan HARGAI ORANG LAIN ..
Tiada bangsa sempurna .
Melayu,Pakistan,Bangla ,Arab,Jawa,Cina,India atau apa shj,hanyalah bangsa.
Aku ajar anak-anak BERTERIMA KASIH jk lihat bangla2 bersihkan tandas di RNR.
Dlm porum ni terlalu byk anti bangsa lain seakan bangsa dia plg BERSIH,SEMPURNA.
Mereka lupa bangsa hnaya nama,IDENTITI DIRI DAN AKHLAK ialah JENAMA DIRI.
Apa guna nama Acong tp hina "islam bodoh " "Kitab Quran tulisan manusia " dll .
Apa guna nama Ahmad jika hina "Acong bodoh sembah patung " dll.
Bila nmpk pekerja sampah angkut sampah depan rumah,bawa air mineral,air tin sejuk berikan mereka.
Kita x mampu buat spt mrk,maka hargailah mereka.
Jgn ckp "polis rasuah" sbb ia menghina semua polis trmasuklah polis yg telah meninggal dunia .
Belajar hargai org lain wlu apa pn bangsa,etnik n agama mrk.
TERIMA KASIH BANGSA CINA YANG BANYAK MEMBANTU DLM BISNES,MALAH BERKONGSI ILMU DUNIA PERNIAGAAN.
AH HONG , AH BOON , TAN DLL.TERLAMPAU RAMAI NAK AKU SEBUTKAN NAMA MRK.
Semua kaum dan agama,semua peminat politik dll ,ubah.Kita mampu mengubahnya
Nasihat Dr M "Cina telah berjaya dlm bisnes,maka bangsa lain belajarlah dr mereka"
Aku pegang nasihatnya.
WAHAI TUHAN ,MAKMURKAN NEGARA KAMI,SATUKAN HATI KAMI KE ARAH PERPADUAN DAN HARMONI .JADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA AMAN DAMAI,MAKMUR EKONOMI DAN RAKYAT SENTIASA SALING MENGHORMATI .
AMIN.
TERIMA KASIH MEMBACA.........................
Baca lagi :
http://daengselili.blogspot.my/2013/01/wira-perkasa-malaysia-apa-hukuman-hina.html
http://hasnulhadiahmad.com/hukum-menghina-agama-kepercayaan-orang-lain/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33223-jangan-guna-kebebasan-akhbar-untuk-hina-agama
http://www.bharian.com.my/node/28435
http://www.bharian.com.my/node/97675
http://www.themalaysiantimes.com.my/jangan-jadikan-kebebasan-bersuara-medium-hina-kaum-lain-tpm/
http://www.sinarharian.com.my/politik/cukup-cukuplah-hina-agama-1.558007
http://www.sentiasapanas.com/2015/01/charlie-hebdo-padah-menghina-agama-atas.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20120917/lu_05/Amerika-Syarikat-dan-kebebasan-menghina
http://dialograkyat.blogspot.my/2013/03/zul-nordin-hina-agama-hindu-umno-kena.html
http://www.sinarharian.com.my/kpn-hina-agama-di-fb-tak-patut-berlaku-1.89131
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/jangan-hina-agama-lain-1.5244
https://membelaislam.wordpress.com/2008/11/24/tindakan-undang-undang-hina-agama-jika-ingkar/
http://www.mynewshub.cc/tag/hina-agama/

No comments:
Post a Comment